TUAH ternyata tidak menyebelahi pelumba MotoGP pertama negara, Hafizh Syahrin Abdullah apabila trek basah di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menjejaskan tunggangannya pada sesi kelayakan di sini, hari ini.
Pelumba Monster Yamaha Tech 3 itu yang sebelum ini mengharapkan cuaca baik dan permukaan litar kering sekadar mencatat kepantasan dua minit 16.825 saat (s) untuk memulakan perlumbaan dari kedudukan ke-23, esok.
Hafizh yang diberi jolokan 'El Pescao' mengakui sedikit kecewa dengan keadaan itu terutamanya selepas beliau berjaya mengatasi masalah jenteranya semalam untuk memperbaiki catatan masa pada sesi latihan bebas terakhir hari ini.
"Keadaan jentera saya hari ini lebih baik daripada semalam dan daripada FP3 saya yakin boleh buat lebih baik pada sesi kelayakan tetapi keadaan cuaca tidak mengizinkan.
"Saya tidak risau dengan pencapaian saya hari ini sebab ini kali pertama saya bersama jentera MotoGP dalam keadaan hujan. Hari ini saya terus pergi ke sesi kelayakan tanpa sebarang pengalaman berlumba dalam hujan," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Bagaimanapun, beliau yang kelihatan sugul selepas sesi kelayakan itu tetap positif mampu menampilkan persembahan terbaik bagi memburu kedudukan 10 terbaik atau sekurang-kurangnya mengutip mata pada perlumbaan esok.
Katanya, beliau akan berusaha keras untuk tidak menghampakan harapan peminat tempatan yang hadir memberikan sokongan selain menyaksikan beliau menampilkan saingan sengit kepada barisan pelumba handalan dunia.
"Agak sukar bagi saya untuk dapatkan kedudukan 10 terbaik seperti diinginkan tetapi saya akan cuba mengutip mata kerana kalau boleh saya tidak mahu semua peminat kecewa. Kalau dapat berada dalam kelompok 10 terbaik satu bonus untuk saya," katanya.
Juara dunia MotoGP 2018, Marc Marquez daripada Repsol Honda Team akan memulakan perlumbaan di petak utama selepas mencatat 2:12.161s sementara rakan sepasukan Hafizh, Johann Zarco di tempat kedua manakala kedudukan ketiga menjadi milik juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi dari Movistar Yamaha MotoGP Team.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 03 2018
HAFIZH: Keadaan jentera saya hari ini lebih baik daripada semalam dan daripada FP3 saya yakin boleh buat lebih baik pada sesi kelayakan tetapi keadaan cuaca tidak mengizinkan.
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Tuah tidak memihak 'El Pescao'
Tuah ternyata tidak menyebelahi pelumba MotoGP pertama negara, Hafizh Syahrin Abdullah apabila trek basah di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menjejaskan tunggangannya pada sesi kelayakan di sini, hari