awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
Moksu Bedak Sejuk maut dilanggar kereta
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tuchel sambut baik hajat Lewis Hamilton, Serena Williams beli Chelsea

Astro Arena
Astro Arena
23/04/2022
10:32 MYT
Tuchel sambut baik hajat Lewis Hamilton, Serena Williams beli Chelsea
TUCHEL: "Saya mengagumi mereka berdua. Mereka adalah personaliti yang hebat baik di atas gelanggang dan litar lumba." - Stadium Astro
THOMAS TUCHEL mengisytiharkan dirinya sebagai peminat setia Serena Williams dan Lewis Hamilton selepas bintang sukan dunia itu menyertai konsortium yang dalam pembidaan untuk membeli Chelsea.
Bintang sukan permotoran Britain, Hamilton, 37, telah meraih hampir $500 juta (RM2.1 bilion) dalam karier Formula Satu (F1) sementara pemain tenis Amerika Syarikat (AS), Williams, pula mengumpul kekayaaannya selepas merangkul 23 gelaran perseorangan grand slam.
Mereka dilaporkan akan menyumbang kepada konsortium Martin Broughton dan mereka sentiasa berhubung, demikian dedah Hamilton mengenai prospek untuk memiliki kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
Walaupun Hamilton merupakan peminat Arsenal, dia menganggap cita-cita ahli perniagaan, Broughton, untuk membawa Chelsea adalah sangat menarik dan seiring dengan nilainya.
Sehubungan itu, pengurus The Blues tersebut berkata: "Saya saya baru mendapat taklimat dan mendengarnya.
"Saya mengagumi mereka berdua. Mereka adalah personaliti yang hebat baik di atas gelanggang dan litar lumba.
"Mereka merupakan tokoh sukan yang cemerlang atas apa yang mereka lakukan, ia amat saya hormati tetapi saya langsung tidak mempunyai sebarang pandangan tentang peranan yang mereka mainkan ketika ini."
Pemilik lama kelab London itu, Roman Abramovich -- yang dikenakan sekatan oleh kerajaan United Kingdom berikutan pencerobohan Russia ke atas Ukraine -- mengumumkan hasratnya untuk menjual kelab EPL berkenaan pada awal bulan lalu.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI STADIUM ASTRO
Topic Berkaitan
#Chelsea
#Lewis Hamilton
#Liga Perdana Inggeris
#Serena Williams
#Thomas Tuchel
#roman abramovich
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan