awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tugu bekas bos Arsenal Wenger didedahkan di luar Stadium Emirates

Astro Arena
Astro Arena
29/07/2023
00:50 MYT
Tugu bekas bos Arsenal Wenger didedahkan di luar Stadium Emirates
Tugu Arsene sepanjang 3.5 meter itu, yang dicipta oleh pengukir Jim Guy, diletakkan pada kedudukan di luar North Bank Stand pada 28 Julai 2023. - Foto Arsenal
TUGU bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger, yang menjulang trofi Liga Perdana Inggeris telah didedahkan di luar Stadium Emirates.
Wenger memenangi tiga kejuaraan liga utama dan Piala FA sebanyak tujuh kali semasa mengendalikan The Gunners antara Oktober 1996 sehingga Mei 2018.
Pengendali kelahiran Perancis itu menguruskan 1,235 perlawanan semasa berada di utara London dan membantu kelab itu tidak tewas dalam liga semasa kejayaan mereka merangkul kejuaraan pada 2004.
Arsenal juga menghabiskan 20 musim berturut-turut dalam Liga Juara-Juara di bawah Wenger, termasuk mara ke final 2006, di mana mereka ditewaskan 2-1 oleh Barcelona.
Tugu bekas pengendali berusia 73 tahun sepanjang 3.5 meter itu, yang dicipta oleh pengukir, Jim Guy, telah diletakkan pada kedudukan di luar North Bank Stand semalam.
Arsène pic.twitter.com/jExR16njb4
— Arsenal (@Arsenal) July 28, 2023
Naib pengerusi eksekutif Arsenal, Tim Lewis, memberitahu laman web The Gunners, “Kami berbesar hati mengiktiraf dan meraikan kepimpinan dan kerjaya cemerlang Arsene Wenger di Kelab Bola Sepak Arsenal.
“Sumbangan Arsene kepada pasukan, dan pencapaian bersama kelab menandakan dia sebagai pengurus terbaik kelab.
“Beliau melayan kelab dan penyokongnya dengan banyak trofi dan kenangan indah serta membawa revolusi dalam perjalanan kelab, musim tanpa kalah dan perpindahan ke Stadium Emirates.
“Oleh itu, adalah wajar bahawa sebagai tanda penghormatan dan kesyukuran berterusan kelab, tugu Arsene yang tersergam indah kini berdiri di luar Stadium Emirates.”
Topic Berkaitan
#Arsene Wenger
#tugu
#Stadium Emirates
#Arsenal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan