awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tular video Ronaldo sebut Bismillah sebelum ambil sepakan percuma

Sinar Harian
Sinar Harian
29/05/2024
02:00 MYT
Tular video Ronaldo sebut Bismillah sebelum ambil sepakan percuma
Ronaldo meraikan selepas menjaringan gol dalam perlawanan pasukannya Al Nassr menentang Al Ittihad di Stadium Al-Awwal di Riyadh. - Foto REUTERS
CRISTIANO Ronaldo dikatakan menyebut Bismillah sebelum mengambil sepakan percuma ketika perlawanan Al Nassr menentang Al Ittihad pada Selasa.
Ronaldo meledak dua gol dalam perlawanan terakhir Liga Pro Saudi itu ketika membantu pasukannya menewaskan Al Ittihad 4-2.
Dua gol tersebut menyaksikan Ronaldo menjadi penjaring terbanyak liga dengan 35 gol dan memecahkan rekod yang dicipta Abderrazak Hamdallah yang menjaringkan 34 gol pada musim 2019
Kamera merakam Ronaldo dari jarak dekat dan pemain Portugal itu mendongak ke atas dan mulutnya menyebut Bismillah sebelum melakukan sepakan percuma pada minit ke-66.
"Cristiano Ronaldo sebelum mengambil tendangan bebas: Bismillah," ciapan di akaun SimplyGoal di laman X.
Cristiano Ronaldo before taking free kick: BISMILLAHpic.twitter.com/L9hlOUiszl
— SimplyGoal (@SimplyGoal) May 27, 2024
Video Ronaldo itu mendapat banyak komen daripada pengguna media sosial yang menyifatkan Ronaldo semakin dekat dengan Islam dan ada juga yang mengatakan sebenarnya pemain itu menyebut 'wish me luck'.
"Semoga Allah membimbingnya kepada Islam," tulis seorang pengguna laman sosial.
"Dia berkata 'wish me luck'," tulis seorang lagi pengguna laman sosial dengan emoji ketawa.
Ini bukan kali pertama Ronaldo dipercayai mengucapkan Bismillah kerana Pemenang lima kali Ballon d'Or itu pernah didakwa melakukan perkara sama ketika mengambil sepakan penalti untuk pasukan negaranya pada perlawanan kelayakan Euro 2024 menentang Slovakia.
Malah, Ronaldo juga sudah terbiasa dengan budaya di Arab Saudi apabila sering dilihat mengenakan jubah dan serban selain mengucapkan assalamualaikum ketika berjumpa rakan sepasukan Al-Nassr. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#Bismillah
#sepakan percuma
#Al Nassr
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan