KUALA LUMPUR: Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan untuk mendermakan rumput hibrid yang ketika ini sedang ditanam di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos kepada Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
JDT dalam satu kenyataan berkata, hasil kaji selidik yang dijalankan di padang Stadium Nasional menunjukkan bahawa rumput hibrid lebih sesuai ditanam di venue keramat Harimau Malaya itu.
Menurut JDT, rumput hibrid memenuhi keperluan stadium pelbagai guna kerana ketahanan dan fleksibilitinya sesuai untuk acara sukan serta bukan sukan.
"Inisiatif itu dititahkan oleh baginda selepas mengadakan pertemuan bersama Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan serta Datuk Seri Windsor John, Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC)," kata JDT dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.
Sebelum ini, Tunku Ismail turut berkenan menaja penukaran rumput di Stadium Nasional daripada jenis Cow Grass kepada Zeon Zoysia.
Namun, keadaan padang yang digunakan bukan hanya untuk acara sukan menyebabkan rumput Zeon Zoysia itu sering mengalami kerosakan.
Dalam pada itu, rumput Zeon Zoysia yang sebelum ini ditanam di Stadium Nasional akan dibuka dan dipasang di padang Majlis Sukan Negara.
"Padang tersebut sering digunakan oleh Sekolah Sukan Bukit Jalil dan pasukan-pasukan bola sepak negara," kata kenyataan itu lagi.
Astro Awani
Tue Apr 16 2024
Tunku Ismail Sultan Ibrahim (kiri) mengadakan pertemuan dengan Hannah Yeoh (tengah) dan Windsor John.
Penambahbaikan sistem TH bantu jemaah akses lebih pantas
Buat kali pertama, TH guna Content Delivery Network atau 'cloud' ditambah baik untuk diaplikasikan ke dalam semua sistemnya.
Persefahaman rakan gabungan: PM yakin untuk terus laksanakan pembaharuan
Semua parti di bawah gabungan itu terus berusaha melakukan pembaharuan, terutama dalam memastikan kesejahteraan rakyat.
30 CEO TVET swasta Malaysia adakan lawatan ke China
Menerusi lawatan berkenaan kesemua institusi TVET tempatan akan menandatangani MoU dengan lima buah institusi TVET China.
Lawatan Anwar ke Qatar berjaya jana potensi eksport bernilai RM700 juta - Tengku Zafrul
Komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan.
Pemimpin utama industri Qatar hadiri mesyuarat meja bulat dengan PM Anwar
Syarikat yang menghadiri pertemuan meja bulat itu kebanyakannya daripada sektor perkhidmatan, pembuatan serta pelaburan.
LKIM cadang bina slipway di Labuan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bercadang membina satu lagi 'slipway' di Kompleks LKIM Labuan bagi mengatasi masalah kesukaran membaiki bot nelayan di kawasan berkenaan.
Mad Saril ubah tempurung jadi kraf tangan cantik, bernilai
Seorang bekas pekerja swasta di Bagan Datuk mengubah tempurung dan batang kelapa menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi.
KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB
KADA akan memperluaskan Program SMART SBB seluas 80 hektar lagi di kawasan seliaannya di sini pada musim hadapan bagi membantu lebih ramai pesawah menjana pendapatan lebih lumayan.
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
PSM akan bekerja rapat dalam penerimaan rumput hibrid untuk Stadium Nasional
PSM akan bekerja rapat dengan pengurusan Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos dalam proses penerimaan rumput hibrid bagi Stadium Nasional Bukit Jalil.
Tunku Ismail berkenan derma rumput hibrid kepada Stadium Nasional Bukit Jalil
Hasil kaji selidik yang dijalankan di padang Stadium Nasional menunjukkan bahawa rumput hibrid lebih sesuai ditanam di venue keramat Harimau Malaya itu.