JOHOR BAHRU: Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim terlibat dalam kemalangan semasa pusingan kelayakan GT World Challenge Australia apabila kereta dipandunya terbabas dan terbalik di litar Mount Panorama, Bathurst, New South Wales, Australia, pada Sabtu.
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi Facebook rasmi milik baginda memaklumkan, Tunku Abu Bakar tidak mengalami sebarang kecederaan dan menzahirkan rasa syukur serta memberikan kata semangat kepada anakandanya itu.
"Saya bersyukur Tunku Putera tidak cedera. Pastinya tengah terkejut, tetapi dia ok. Saya memberitahunya untuk terus kuatkan semangat, teruskan usaha dan harumkan nama Johor.
"Dia hampir melayakkan diri di tempat ketiga untuk perlumbaan esok, dan ia adalah penampilan pertama Tunku Abu Bakar di litar itu. Dia dan Tunku Panglima, Tunku Abdul Rahman menunjukkan potensi serta persembahan yang baik.
"Semoga kita mendapat keputusan yang baik esok," titah baginda.
Menerusi hantaran itu, baginda bertitah, pemanduan lebih 200 kilometer sejam melalui bahagian McPhillamy Park litar itu menyebabkan Tunku Abu Bakar hilang kawalan dan terbabas ke penghadang tayar sebelum kereta Mercedez Benz GT3 yang dipandunya terbalik.
"Orang ramai menarik nafas lega sejurus melihat YAM Tunku Abu Bakar berjaya mengeluarkan diri dari kereta dan menunjukkan tanda 'peace' kepada penonton sebelum menaiki kenderaan kakitangan litar dan perubatan," titah baginda.
Bernama
Sat Nov 12 2022
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi FB rasmi baginda memaklumkan, Tunku Abu Bakar tidak mengalami sebarang kecederaan dan menzahirkan rasa syukur serta memberikan kata semangat kepada anakandanya itu. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Raja Permaisuri Agong berangkat menyaksikan perlumbaan GT World Challenge Asia
Baginda menyaksikan penyertaan paduka anakanda, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim, yang mewakili pasukan JMR Triple Eight.
Tunku Abu Bakar raih podium kejuaraan GT World Challenge Asia
Tunku Abu Bakar yang bergandingan bersama pakar lumba endurance Jerman Luca Stolz, cemerlang menamatkan saingan di kedudukan podium itu dengan catatan 1 jam 50.992 saat (s).
Tunku Putera Johor kemalangan di GT Australia
Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim terlibat dalam kemalangan semasa pusingan kelayakan GT World Challenge Australia apabila kereta dipandunya terbabas dan terbalik di litar pada Sabtu.
JDT lancar jersi baharu musim 2020
Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) melancarkan jersi baharu bagi musim 2020 di Dataran Bandaraya, di sini, malam tadi.