SPORTS
Turkish Airlines anjur Kejohanan Golf Piala Dunia di Kuala Lumpur

Pengurus syarikat pelancongan Ice Holidays Low Boon Tung berjaya menjadi juara pada kejohanan kali ini dengan 28 mata. - Astro AWANI/Seth Akmal.
KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Turkish Airlines telah mengadakan Kejohanan Golf Piala Dunia Turkish Airlines 2025 di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) hari ini.
Pengurus syarikat pelancongan Ice Holidays Low Boon Tung berjaya menjadi juara pada kejohanan kali ini dengan 28 mata menewaskan John Yong di tempat kedua dengan 22 mata serta Ammar Effendy dengan 22 mata.
Boon Tung juga telah menyertai acara ini buat kali ketiga dan memenangi tempat kedua di belakang Dhiren Kanesh pada 2024.
"Saya sangat gembira kerana pada dua tahun lepas saya kecewa dengan prestasi permainan saya jadi hari ini saya dapat bermain dengan baik," katanya.Beliau juga bakal mewakili pihak Turkish Airlines Kuala Lumpur untuk berentap dengan peserta dari 73 negara lain di Antalya, Turkiye pada Disember akan datang telah bersedia untuk berlatih selama tiga kali seminggu dibawah seliaan pemain profesional.
"Saya mungkin akan berlatih lebih kerap untuk mencuba nasib di beberapa pertandingan tahap amatur sebelum beralih kepada tahap profesional," katanya lagi.
Pelakon, Ahmad Ezzrin Loy Ahmad Sabri yang telah dua kali menyertai kejohanan itu menyifatkan acara yang diadakan sebagai ruang untuk saling mengenali pelanggan dan kakitangan Turkish Airlines.
Tambah beliau, acara yang diadakan ini tidak menekankan elemen persaingan namun bersifat rekreasi.
“Tiada persaingan sangat tetapi bagi mereka yang selalu main untuk Turkish Airlines, kita rasakan seperti acara berkumpul tahunan dimana kita akan jumpa kawan kita setiap tahun
“Pertandingan ini tidak terlalu serius, yang penting gembira dan dapat membina hubungan persahabatan sesama peserta,” katanya.
Peserta yang layak ke pusingan akhir akan pergi ke Türkiye dengan tiket kelas perniagaan yang ditaja oleh Turkish Airlines.
Menurut Turkish Airlines, 100 pemain selaku jemputan khas dari pelbagai latar belakang profesion menyertai kejohanan edisi ke-9 itu.
Antara yang hadir semasa acara ialah Duta Besar Tukiye ke Malaysia H.E Emir Salim Yuksel, Pengurus Besar Turkish Airlines di Kuala Lumpur Mustafa Kemal Kizilay, dan beberapa warga tempatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami