awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turunkan barisan terbaik di BAMTC 2025 - Razif

Bernama
Bernama
22/01/2025
05:00 MYT
Turunkan barisan terbaik di BAMTC 2025 - Razif
Razif berkata kelemahan Malaysia pada BAMTC yang dipertandingkan sejak 2017 lebih terarah kepada barisan perseorangan wanita yang dilihat masih bergelut menandingi jaguh dunia lain. - Foto Astro ARENA
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) disaran mempertaruhkan barisan terbaik pada Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 di Qingdao, China bulan depan.
Legenda badminton negara Datuk Razif Sidek berkata sekiranya Malaysia menghantar skuad terbaik, saingan BAMTC 2025 boleh digunakan untuk menilai tahap persediaan pemain sebelum mengharungi cabaran Piala Sudirman 2025 di Xiamen, China dari 27 April hingga 4 Mei.
"Jika tanya pandangan saya ... dengan adanya barisan pemain sekarang, saya tidak melihat ia jadi bebanan atau masalah (beraksi di BAMTC 2025).
"Bagaimanapun, kesemua itu terpulang pada BAM, sama ada BAMTC 2025 dalam target mereka atau sebaliknya," katanya kepada Bernama.
Pemenang pingat gangsa beregu lelaki Sukan Olimpik Barcelona 1992 itu berkata Malaysia memiliki kekuatan dalam empat kategori iaitu perseorangan lelaki, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.
Bagaimanapun, Razif berkata kelemahan Malaysia pada BAMTC yang dipertandingkan sejak 2017 lebih terarah kepada barisan perseorangan wanita yang dilihat masih bergelut menandingi jaguh dunia lain.
Malaysia berdepan laluan mencabar apabila diundi dalam Kumpulan B bersama negara jiran Indonesia diikuti Hong Kong dan Kazakhstan.
Walaupun Indonesia dan Hong Kong tidak pernah menjuarai BAMTC namun kedua-dua negara itu pernah memenangi pingat gangsa manakala Malaysia pula tidak pernah mara ke separuh akhir.
Tuan rumah dan juara bertahan China diletakkan dalam Kumpulan A bersama Taiwan dan Singapura.
Saingan Kumpulan C menyaksikan juara 2017 Jepun diundi bersama Thailand dan Filipina manakala naib juara dua kali Korea Selatan pula bakal diuji India dan Macau dalam Kumpulan D.
Hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke peringkat suku akhir pada kejohanan yang bakal membuka tirai dari 11 Feb dan berakhir 16 Feb.
Pada edisi lepas di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, Malaysia yang menghantar barisan terkuat termasuk pemain perseorangan lelaki professional Lee Zii Jia, tumpas 2-3 kepada China di peringkat suku akhir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#BAMTC 2025
#Razif Sidek
#Piala Sudirman 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan