BANGKOK: Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan perjuangan dalam saingan Thailand Masters apabila melangkah ke suku akhir buat pertamanya musim ini di Bangkok, pada Khamis.
Dalam saingan di Stadium Nimibutr di sini, pemain muda berusia 22 tahun itu merangkap pilihan kelapan kejohanan menjinakkan pemain Korea Selatan, Heo Kwang Hee, 21-16, 21-10 di pusingan kedua dalam pertarungan selama 38 minit itu.
Pemain ranking ke-17 dunia itu akan berdepan dengan pemain berpengalaman dari Kong Kong, Angus Ng Ka Long, yang juga pemain nombor 14 dunia, untuk mengesahkan tiket ke separuh akhir, Jumaat.
Tze Yong, sebelum ini, gagal melepasi pusingan awal dalam tiga kejohanan tahun ini iaitu Terbuka Malaysia (pusingan pertama) dan tersingkir pada pusingan kedua masing-masing diTerbuka India dan Indonesia Masters.
Ka Long pula mengesahkan slot suku akhir selepas mengalahkan pemain profesional negara, Cheam June Wei, 21-19, 12-21, 21-9.
Sementara itu, beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie dan Chan Peng Soon-Cheah Yee See turut tersingkir di pusingan kedua.
Soon Huat-Shevon, gandingan nombor 11 dunia, ditunjuk keluar oleh pasangan nombor 35 dunia dari Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito, 15-21, 10-21, manakala Peng Soon-Yee See tewas kepada gandingan Indonesia, Amri Syahnawi-Winny Oktavina Kandow, 19-21, 15-21.
Dalam acara beregu lelaki, wakil negara, Nur Mohd Azriyn Ayub-Low Juan Shen gagal melepasi pusingan kedua selepas tewas 14-21, 21-19, 16-21 di tangan wakil Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Yang Ming Tse.
Beregu muda negara , Low Hang Yee-Ng Eng Cheong terpaksa akur tewas kepada gandingan nombor lapan dunia dari Indonesia, Muhammad Shobihul Fikri-Bagas Maulana, 10-21, 15-21.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 02 2023

Pemain muda berusia 22 tahun itu menjinakkan pemain Korea Selatan, Heo Kwang Hee, 21-16, 21-10 di pusingan kedua dalam pertarungan selama 38 minit itu. - Gambar fail

Lacur: Ibu tunggal didenda RM2,500
Seorang ibu tunggal dijatuhi hukuman denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melacurkan diri di sebuah hotel di sini, Ahad lepas.

AWANI Ringkas: Usaha kurangkan beban guru, KPM kaji wujudkan pembantu guru
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ramadan, Syawal: KPDN laksana sesi libat urus berterusan pantau bekalan, harga barang
Sesi libat urus berterusan antara kementerian dan agensi akan dilakukan bagi memastikan bekalan barangan basah mencukupi sepanjang Ramadan dan menjelang Hari Raya.

3 kementerian bincang perluas sistem pembayaran terbuka ke PLUS
KPDN bersama Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan akan berbincang bagi membawa sistem pembayaran terbuka ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

688 permohonan warganegara libat anak lahir di luar negara - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat ini menerima sebanyak 688 permohonan taraf kewarganegaraan bagi anak yang lahir di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.

PRU Thailand: Pengundi Selatan Thai teruja, Move Forward, Pheu Thai dijangka tarik pengundi muda
Parti Move Forward dan Parti Pheu Thai yang memperoleh kerusi majoriti dalam pemilihan Majlis Metropolitan Bangkok pada Mei lalu, dijangka meraih undi daripada golongan muda di Selatan Thai.

Tiada lagi keperluan mohon kebenaran Pesuruhjaya Sukan - Hannah Yeoh
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memansuhkan keperluan permohonan bagi mendapatkan kelulusan penganjuran sukan daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS) berkuat kuasa hari ini.

Pelan Besar Industri Halal sasar sumbang 8.1 peratus KDNK menjelang 2030
HIMP 2030 dirangka tepat pada masanya untuk mengambil kesempatan strategik susulan permintaan global yang semakin meningkat terhadap produk dan perkhidmatan halal.

Korea Utara lancar empat peluru berpandu
Menteri Pertahanan Korea Selatan Lee Jong Sup pada Khamis berkata negara itu melancarkan empat peluru berpandu cruise pada Rabu.

Kerajaan nafi abai pencarian kapal hilang
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foke berkata lokasi terakhir kapal kargo Malaysia, MV Dai Cat 06 dikesan adalah di perairan Indonesia.

Tze Yong wakil tunggal negara di Thailand Masters
Ng Tze Yong, menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan perjuangan dalam saingan Thailand Masters.

V Shem-Wee Kiong & Peng Soon-Liu Ying masih yang terbaik
V Shem-Wee Kiong akhiri kemarau dua tahun tanpa gelaran sementara Peng Soon-Liu Ying pertahan gelaran selepas muncul juara Thailand Masters.