awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UCL: Arsenal hilang khidmat Martin Odegaard

Astro Arena
Astro Arena
19/09/2024
00:45 MYT
UCL: Arsenal hilang khidmat Martin Odegaard
Martin Odegaard diketepikan sementara waktu susulan mengalami kecederaan buku lali ketika beraksi buat Norway.
PENGURUS Arsenal, Mikel Arteta terpaksa melupakan khidmat kapten pasukan, Martin Odegaard, yang akan diketepikan sementara waktu susulan mengalami kecederaan buku lali ketika beraksi buat Norway.
Tonggak berusia 25 tahun itu bergelut semasa membantu pasukan kebangsaannya menang tipis 2-1 ke atas Austria dalam saingan Liga Negara-Negara pada 9 September lepas dengan menyaksikan dia pulang semula ke kelab dalam keadaan bertongkat.
Martin Odegaard pic.twitter.com/yecDHKSJi9
— Arsenal (@Arsenal) May 13, 2024
Odegaard terlepas beraksi ketika perlawanan 'derby' Arsenal menentang Tottenham minggu lalu dengan Arteta mendedahkan mengenai status pemain itu menjelang aksi pembukaan Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Atalanta, awal pagi esok.
"Selepas melakukan pemeriksaan menunjukkan dia mengalami sedikit kecederaan pada ligamen di buku lali.
Tomorrow's test The new Champions League format Our 2024 away form Every word from the boss' press conference can be read now
— Arsenal (@Arsenal) September 18, 2024
"Ia sesuatu yang agak jelas, maka kami terpaksa melupakan khidmat Odegaard buat sementara waktu.
"Dia merupakan kapten kami. Dia adalah pemain penting dan terbaik dalam pasukan kini. Identiti kami beraksi adalah berdasarkan cara dia bermain di atas padang. Ini adalah ujian besar buat pasukan untuk melihat sejauh mana kami mampu beraksi dengan corak yang berbeza." katanya. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#UCL
#Arsenal
#Martin Odegaard
#Mikel Arteta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan