awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UCL: Barcelona padam hasrat Napoli

Astro Arena
Astro Arena
13/03/2024
04:46 MYT
UCL: Barcelona padam hasrat Napoli
Xavi Hernandez menegaskan Barcelona lebih layak untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) berbanding Napoli. - Foto Stadium Astro
XAVI Hernandez menegaskan Barcelona lebih layak untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) berbanding Napoli sambil percaya mereka mampu bersaing. Tanpa peraturan gol di tempat lawan setelah terikat 1-1, segalanya menjadi pertaruhan di Estadi Olimpic de Montjuic, awal pagi tadi. Penyudah Fermin Lopez dan Joao Cancelo menghukum kesilapan pertahanan tuan rumah untuk mendahului 2-0, namun nasib mereka bertukar sebaliknya menerusi jaringan berganda Amir Rrahmani.
Victor Osimhen hampir sahaja memenangi sepakan penalti berikutan kakinya dipijak Pau Cubarsi, namun kelibat Robert Lewandowski memastikan kemenangan 3-1, sekali gus mara secara agregat 4-2. "Saya rasa kami memang lebih layak daripada Napoli, kami melancarkan lebih baik serangan dan bertahan dengan kental, sudah tentu kami berkesempatan menjaringkan lebih banyak gol lagi,” kata pengurus itu kepada Sport Mediaset.
"Napoli adalah pasukan berkualiti yang menggerakkan bola dengan baik dan mempunyai beberapa peluang menjaringkan gol yang baik. "Kami juga berhak meledak lebih banyak gol lagi di Stadio Maradona ini kerana kami mendominasi di sini.”
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#barcelona
#Liga Juara-Juara
#Napoli
#UCL
#mara ke suku akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan