awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UCL: Bayern Munich pentas terbaik kebangkitan Arsenal, kata Rice

Astro Arena
Astro Arena
16/04/2024
02:20 MYT
UCL: Bayern Munich pentas terbaik kebangkitan Arsenal, kata Rice
Reaksi Declan Rice ketika perlawanan EPL antara Arsenal dan Aston Villa di Stadium Emirates, London, Britain, 14 Apr 2024. - REUTERS
DECLAN Rice percaya pertembungan suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) menentang Bayern Munich merupakan sebuah perlawanan yang sempurna buat Arsenal bagi memadam kekecewaan yang dihadiahkan Aston Villa.
The Gunners tumbang 0-2 ketika menerima kunjungan anak buah Unai Emery di Stadium Emirates, pada Ahad menyaksikan mereka dihukum menerusi penyudah Leon Bailey dan Ollie Watkins bagi meningkatkan harapan Villa meraih kelompok empat teratas.
Arsenal sepatutnya kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan syarat menjamin kemenangan tetapi kini tergelincir di tangga kedua, dua mata di belakang juara bertahan, Manchester City.
Bagaimanapun, tiada masa untuk barisan Mikel Arteta itu merawat duka tatkala mereka perlu bertandang ke Jerman untuk perlawanan kedua suku akhir UCL berdepan Bayern, awal pagi Khamis ini.
Keputusan seri 2-2 di utara London minggu lalu menyebabkan kedudukan seimbang dan Rice berasakan perlawanan getir sebegitu adalah apa yang Arsenal perlukan.
"Ia adalah permainan yang sempurna untuk memberi reaksi," katanya.
“Kami memerlukan reaksi dan ia adalah peluang yang baik untuk menunjukkan karakter dan kepimpinan kami. Sudah tiba masanya untuk pergi ke sana dan semoga kami mara ke separuh akhir UCL.
“Kami kena ketepikan kekecewaan semalam. Ia telah berlalu dan inilah bola sepak. Kami telah pun kalah tetapi kami perlu bangkit, itu sudah pasti.
“Kami akan ke Allianz Arena, ia akan menjadi malam yang istimewa. Sudah tiba masanya kami berjuang untuk bangkit dan buktikan kepada semua orang mengapa kami layak berada di kedudukan ini.
“Kami kecewa tewas dalam perlawanan besar tetapi sudah tiba masanya untuk bertindak balas. Kami telah mencapai prestasi yang menakjubkan sejak Januari lalu dengan memenangi banyak perlawanan dan kembali ke kedudukan yang sukar dipercayai selepas berdepan kesukaran pada Krismas.” - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#UCL
#Declan Rice
#Bayern Munich
#Mikel Arteta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan