awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UCL: Gabriel Martinelli mahu buktikan Arsenal antara kelab terbaik di dunia

Astro Arena
Astro Arena
29/04/2025
02:40 MYT
UCL: Gabriel Martinelli mahu buktikan Arsenal antara kelab terbaik di dunia
Gabriel Martinelli bercakap pada sidang media di Stadium Emirates, London, 28 Apr 2025, menjelang pertemuan separuh akhir UCL dengan PSG. (Foto AP)
PENYERANG Arsenal, Gabriel Martinelli, mengakui betapa getirnya perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) menentang Paris Saint-Germain (PSG), awal pagi esok, buat dirinya serta juga kelab.
Pemain Brazil itu menyumbangkan gol kemenangan dalam masa kecederaan ketika The Gunners menang 2-1 ke atas Real Madrid dalam aksi suku akhir di tempat lawan, sekali gus mengesahkan kemenangan agregat 5-1 untuk membawa mereka ke separuh akhir UCL dalam tempoh 16 tahun.
“Ia adalah perlawanan paling getir dalam hidup saya,” katanya kepada The Mirror.
"Sejak saya berumur lima atau enam tahun, ia adalah impian. Kami layak berada di sini dan kami bersedia. Ia adalah peluang untuk hidup kami.
"Semua orang yang suka bola sepak mahu bermain dalam perlawanan ini. Kami perlu menikmati masa ini dan bersedia.
North London is set. pic.twitter.com/JZDKWJva8v
— Arsenal (@Arsenal) April 28, 2025
"Kami berhak berada di sini, kami berhak memenangi sesuatu untuk salah sebuah kelab hebat di Eropah.
"Kami mempunyai peluang yang menakjubkan dan kami akan turun dengan kepercayaan bahawa kami mampu melakukannya.
“Kami memasang impian ini, kelab ini tidak pernah memenangi kejuaraan ini dan kami berhak menjulangnya kerana kami adalah salah sebuah kelab terhebat di dunia.”
Topic Berkaitan
#Arsenal
#UCL
#Gabriel Martinelli
#PSG
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan