awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UCL: Gol dramatik Harvey Elliott pacu Liverpool benam PSG

Astro Arena
Astro Arena
06/03/2025
00:40 MYT
UCL: Gol dramatik Harvey Elliott pacu Liverpool benam PSG
Harvey Elliott menjaringkan gol pembukaan ketika perlawanan pertama pusingan 16 terakhir UCL antara Paris Saint-Germain dan Liverpool di Parc des Princes, Paris, 5 Mac 2025. (Foto AP)
PARIS SAINT-GERMAIN 0 LIVERPOOL 1
Harvey Elliott muncul wira Liverpool apabila menjaringkan gol pada lewat permainan untuk melakar kemenangan dramatiK mengatasi Paris Saint-Germain (PSG) 1-0 dalam perlawanan pertama pusingan 16 terakhir, Liga Juara-Juara UEFA (UCL), awal pagi tadi.
Elliott hanya memerlukan 46 saat selepas masuk dengan sentuhan pertamanya menjadi duri dalam daging pada minit ke-87 di Parc des Princes untuk membawa bekalan tipis ke Anfield nanti.
Skuad kendalian Arne Slot itu hampir ketinggalan pada minit ke-20 selepas Khvicha Kvaratskhelia menjaringkan gol lencong yang cantik, namun selepas pengadil perlawanan melakukan Video Bantuan Pengadil (VAR) menyaksikan dia berada dalam kedudukan ofsaid.
Kubu The Reds terus diancam menerusi beberapa siri serangan yang berbahaya, tetapi kecekapan Alisson Becker kerap menjadi penghalang untuk menafikan jaringan pasukan tuan rumah untuk kemenangan tipis buat Liverpool.
PSG terpaksa akur mengalami kekalahan pertama mereka dalam 23 aksi dalam semua kejohanan.
pic.twitter.com/vKvNlFPRwA
— Liverpool FC (@LFC) March 5, 2025
Untuk rekod, kapten PSG, Marquinhos, menjadi pemain dari Brazil keempat yang mengumpul 100 perlawanan dalam kempen UCL -selepas Roberto Carlos, Dani Alves dan Thiago Silva- dan yang pertama untuk kelab Perancis.
Kedua-dua pasukan akan membuat perhitungan sekali lagi di Anfield pada 12 Mac ini.
Topic Berkaitan
#Liverpool
#UCL
#PSG
#Liga Juara-Juara UEFA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan