awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UCL: Gol Elanga pastikan United bangkit ikat Atletico

Astro Arena
Astro Arena
24/02/2022
00:15 MYT
UCL: Gol Elanga pastikan United bangkit ikat Atletico
Anthony Elanga (kiri) meraikan bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol pertama pasukannya ketika perlawanan UCL antara Atletico Madrid dan Manchester United di stadium Wanda Metropolitano, Madrid, Sepanyol, 23 Feb 2022. (Foto AP)
ATLETICO MADRID 1 MANCHESTER UNITED 1
Anthony Elanga masuk daripada bangku pemain simpanan untuk menjaringkan gol penyamaan ketika Manchester United terikat 1-1 dengan Atletico Madrid dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.
Gol tandukan awal Joao Felix pada minit ketujuh seakan-akan memberikan bayangan bahawa Atletico akan membawa kelebihan daripada pertemuan di Wanda Metropolitano itu memandangkan jentera serangan United kelihatan tumpul dalam sebahagian besar aksi.
United gagal melakukan sebarang sentuhan bola dalam kawasan penalti lawan saingan UCL buat kali pertama sejak musim 2005-06 tetapi Elanga memanfaatkan sepenuh peluangnya selepas dimasukkan pada minit ke-75.
Pemain muda itu memastikan Atletico membayar harga mahal atas kegagalan Marcos Llorente menyudahkan peluang berharga sebelum waktu rehat, di mana dia hanya memerlukan lima minit selepas dimasukkan untuk menjaringkan gol penyamaan United selepas memanfaatkan kesilapan Reinaldo.
Kedua-dua pasukan akan kembali bertemu di Old Trafford pada 15 Mac ini tanpa kelebihan jaringan tetapi United sekurang-kurangnya membawa bekalan satu gol di laman lawan menjelang pertemuan itu.
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Liga Juara-Juara Eropah
#Atletico Madrid
#UCL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan