awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UCL: Kyle Walker ingin lunas impian pemilik Manchester City

Astro Arena
Astro Arena
17/05/2023
04:17 MYT
UCL: Kyle Walker ingin lunas impian pemilik Manchester City
Menurut Walker, Sheikh Mansour secara tidak langsung mengobarkan semangat mereka untuk menawan Liga Juara-Juara (UCL). - Stadium Astro
KYLE Walker berasakan Manchester City berhutang budi kepada pemilik kelab, Sheikh Mansour, yang secara tidak langsung mengobarkan semangat mereka untuk menawan Liga Juara-Juara (UCL).
City sekali lagi mengintai kejuaraan utama bola sepak kelab Eropah itu selepas beberapa tahun gagal dalam usaha mereka untuk mengucup trofi berkenaan buat julung kalinya.
Mereka kecundang kepada Chelsea dalam penentuan gelaran dua tahun lalu tetapi awal pagi esok, mereka berpeluang menebusnya ketika menyambut kunjungan Real Madrid bagi perlawanan timbal balik separuh akhir dengan aksi kekal seimbang selepas terikat 1-1 di ibu negara Sepanyol, minggu lalu.
City enam kali mendominasi Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak Sheikh Mansour membeli kelab tersebut pada 2008 dan berada di ambang kejuaraan domestik ketujuh, namun masih tercari-cari piala keramat itu.
Lantas, bek kanan itu berkata: “Kelab ini masih tercari-cari kejuaraan UCL dengan pemilik sudah pun berbelanja besar di kelab ini dan atas dasar pelaburan yang telah mereka curahkan, kami berhutang kepada mereka.
“Untuk ke final UCL ketika menentang Chelsea dan tidak beraksi sebaik mungkin, kami berhutang dengan diri kami sendiri dan kami sendiri perlu menebusnya kerana kami sedar kami beraksi di bawah tahap sebenar pada hari itu.
“Tetapi kami mempunyai lawan yang sukar untuk ditempuhi demi impian ke final UCL.
"Ia ibarat 'perlawanan akhir', apa sahaja boleh berlaku. Perkara pertama adalah melepasi Real Madrid, kemudian marilah kita fikirkan tentang perlawanan akhir.” -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Manchester City
#Liga Juara-Juara
#Kyle Walker
#Sheikh Mansour
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan