awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UCL: Liverpool tamatkan kemarau kemenangan di Jerman

Muhamad Syazwan
Muhamad Syazwan
22/10/2025
23:40 MYT
UCL: Liverpool tamatkan kemarau kemenangan di Jerman
Aksi Dominik Szoboszlai meraikan kejayaan menjaringkan gol kelima pasukannya dalam perlawanan UCL antara Eintracht Frankfurt dan Liverpool di Deutsche Bank Park, Frankfurt, Jerman, 22 Okt 2025. EUTERS
Hugo Ekitike menonjol apabila menjaringkan gol menentang bekas kelabnya, sekali gus membantu Liverpool bangkit daripada ketinggalan untuk membelasah Eintracht Frankfurt dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.
Kemenangan 5-1 itu menamatkan rentetan empat kekalahan berturut-turut skuad kendalian Arne Slot, yang sebelum ini menikmati permulaan sempurna musim ini dengan tujuh kemenangan dalam semua pertandingan.
Liverpool bermula goyah di Jerman apabila tuan rumah mendahului hasil jaringan bekas pertahanan Leeds United, Rasmus Kristensen. Namun momentum berubah 10 minit sebelum rehat apabila Ekitike yang bergandingan buat kali pertama bersama pembelian rekod Britain, Alexander Isak menyamakan kedudukan selepas menyempurnakan hantaran jauh Andy Robertson dengan penuh tenang.
Empat minit kemudian, Virgil van Dijk menambah gol kedua melalui tandukan padu hasil sepakan penjuru sebelum Ibrahima Konaté turut mencatat nama sebagai penjaring, menjadikan kedudukan 3-1 menjelang waktu rehat.
Isak tidak kembali beraksi selepas separuh masa pertama akibat kecederaan pangkal paha, namun Liverpool terus menunjukkan dominasi mutlak selepas rehat.
Cody Gakpo menjaringkan gol keempat selepas menerima hantaran Florian Wirtz, sebelum Dominik Szoboszlai melengkapkan pesta jaringan dengan rembatan jarak jauh juga hasil umpanan Wirtz yang cemerlang.
Kemenangan ini bukan sahaja mengembalikan keyakinan The Reds, malah mengukuhkan kedudukan mereka dalam saingan kumpulan Liga Juara-Juara selepas prestasi hambar minggu lalu.
View this post on Instagram
A post shared by Liverpool Football Club (@liverpoolfc)
Topic Berkaitan
#Liverpool
#Champions League
#Liga Juara-Juara
#Jerman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan