awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UECL: West Ham bangkit hidupkan peluang gelaran benam AZ Alkmaar

Astro Arena
Astro Arena
12/05/2023
04:21 MYT
UECL: West Ham bangkit hidupkan peluang gelaran benam AZ Alkmaar
Kali terakhir West Ham memenangi gelaran peringkat Eropah adalah pada 1965. - Stadium Astro
GOL daripada Said Benrahma dan Michail Antonio mengekalkan impian West Ham untuk menjulang trofi pertama dalam tempoh 43 tahun dengan menewaskan AZ Alkmaar 2-1 dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Persidangan Europa (UECL) di Stadium London awal pagi tadi.
The Hammers merupakan pasukan pilihan untuk menewaskan lawan dari Belanda itu tetapi mereka ketinggalan pada minit ke-41 apabila penjaga gol, Alpohnse Areola, melakukan kesilapan di depan gawang untuk membuka peluang buat Tijjani Reijnders menjaringkan gol pembukaan pelawat.
Bagaimanapun, West Ham bernasib baik apabila penjaga gol lawan, Mathew Ryan, gagal menumbuk keluar bola sebelum bertindak menjatuhkan Jarrod Bowen dalam kawasan penalti untuk Benrahma menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-67.
Lapan minit berselang, West Ham berada di depan apabila Antonio memanfaatkan bola muntah susulan tandukan awal Nayef Aguerd untuk berkelebihan satu gol menjelang pertemuan kedua di AFAS Stadion pada Jumaat depan.
Sebagai rekod, kali terakhir West Ham memenangi gelaran peringkat Eropah adalah pada 1965. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#West Ham
#AZ Alkmaar
#Liga Persidangan Europa
#UECL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan