awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UEFA, UK setuju 1,000 peminat Itali boleh saksikan perlawanan akhir Euro 2020 di London

Bernama
Bernama
08/07/2021
06:35 MYT
UEFA, UK setuju 1,000 peminat Itali boleh saksikan perlawanan akhir Euro 2020 di London
UEFA mencapai kata sepakat dengan pihak berkuasa Britain mengenai kemungkinan jumlah maksimum 1,000 peminat dari Itali boleh ke London. - Reuters
MOSCOW: Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) bersetuju dengan pihak berkuasa United Kingdom (UK) seramai 1,000 peminat boleh mengunjungi London untuk menyaksikan perlawanan akhir Euro 2020 pada 11 Julai, kata Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC).
Awal Julai lalu, UK menyatakan peminat boleh menyaksikan perlawanan akhir EURO 2020 jika mempunyai tiket dan Itali tiada dalam senarai merah atau kuning untuk COVID-19. Itali kini dalam senarai kuning.
"UEFA mencapai kata sepakat dengan pihak berkuasa Britain mengenai kemungkinan jumlah maksimum 1,000 peminat dari Itali boleh ke London untuk menyaksikan pertandingan akhir itu," lapor Sputnik, memetik kenyataan.
Namun ia tertakluk kepada beberapa syarat ditetapkan UK, kata persekutuan itu.
Peminat Itali akan menggunakan penerbangan sewa khas dari lapangan terbang ke Stadium Wembley.
Tempoh peminat boleh berada di ibu negara UK itu terhad untuk 12 jam sahaja. Di samping itu, mereka perlu mengambil ujian PCR selepas 13.00 GMT pada 9 Julai, kata FIGC.
Pada Selasa, pasukan Itali berjaya melangkah ke perlawanan akhir dengan menundukkan Sepanyol di peringkat separuh akhir menerusi penentuan penalti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Euro 2020
#UEFA
#United Kingdom
#peminat
#bola sepak
#London
#perlawanan akhir
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan