awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UFC 261: 'Thug' Rose rampas kejuaraan Zhang Weili dengan tendangan KO

Haider Yutim
Haider Yutim
25/04/2021
05:55 MYT
UFC 261: 'Thug' Rose rampas kejuaraan Zhang Weili dengan tendangan KO
Kemenangan diperoleh apabila Namajunas melepaskan tendangan padu ke bahagian kepala Weili, sekali gus merebahkan lawannya itu ke lantai. - Foto Instagram/@UFC
PETARUNG Amerika Syarikat, Rose Namajunas berjaya meraih kejuaraan strawweight UFC selepas menewaskan Zhang Weili dalam aksi UFC 261 pada Ahad.
Pertarungan yang diadakan di VyStar Veterans Memorial Arena, Florida itu menyaksikan Namajunas menumbangkan juara bertahan dari China itu menerusi ‘knock out’ pada minit 1:18 pusingan pertama.
Kemenangan diperoleh apabila Namajunas melepaskan tendangan padu ke bahagian kepala Weili, sekali gus merebahkan lawannya itu ke lantai.
Tendangan itu disusuli dengan beberapa lagi tumbukan sebelum pengadil mencelah untuk menghentikan pertarungan.
Dengan kemenangan ini, Namajunas melebarkan rekod profesionalnya kepada 11 - 4.
Ini merupakan kali kedua petarung berusia 28 tahun itu merangkul kejuaraan strawweight UFC.
Sementara itu, dalam satu lagi pertarungan merebut kejuaraan, Valentina Shevchenko berjaya mempertahankan gelaran flyweight yang disandangnya apabila mengalahkan Jessica Andrade menerusi ‘TKO’.
Petarung dari Kyrgyzstan itu mengalahkan Adrade dari Brazil pada minit 3:19 pusingan kedua.
Dengan kemenangan tersebut, Shevchenko kini mempunyai rekod profesional 21 kemenangan, dan tiga kekalahan (20 - 4).
Ini merupakan kali kelima Shevchenko berjaya mengekalkan kejuaraannya.
Kali terakhir ialah apabila dia menewaskan Jennifer Maia dalam acara UFC 255 di Las Vegas, pada November tahun lalu.
View this post on Instagram
A post shared by ufc (@ufc)
Topic Berkaitan
#Rose Namajunas
#Thug Rose
#UFC 261
#UFC
#Zhang Weili
#Valentina Shevchenko
#Jessica Andrade
#MMA
#Mixed Martial Arts
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan