awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UFC 271: Tewaskan Whittaker kali kedua, 'Izzy' Adesanya kekalkan takhta middleweight

Haider Yutim
Haider Yutim
13/02/2022
06:20 MYT
UFC 271: Tewaskan Whittaker kali kedua, 'Izzy' Adesanya kekalkan takhta middleweight
Adesanya berjaya mengekalkan kejuaraan yang disandangnya selepas menewaskan Robert Whittaker dalam acara utama UFC 271 pada Ahad. - Instagram/@UFC
JUARA middleweight UFC Israel Adesanya berjaya mengekalkan kejuaraan yang disandangnya selepas menewaskan Robert Whittaker dalam acara utama UFC 271 pada Ahad.
Pertarungan yang berlangsung di Houston, Texas, Amerika Syarikat itu menyaksikan Adesanya mengalahkan lawannya dari Australia menerusi ‘unanimous decision’ (keputusan sebulat suara) selepas lima pusingan.
Pusingan pertama menyaksikan pertarungan didominasi oleh Adesanya, di mana dia hampir menjatuhkan Whittaker pada minit akhir dengan tendangan serta tumbukan padunya.
Whittaker sempat menjatuhkan Adesanya pada pusingan kedua dan ketiga termasuk percubaan membuat kuncian, tetapi Adesanya berjaya melepaskan diri dan melancarkan beberapa pukulan balas.
Meskipun Whittaker dilihat agak agresif di Octagon, namun Adesanya ternyata lebih tenang dan efisien dengan serangannya.
Kedua-dua jaguh berjuang habis-habisan pada pusingan terakhir terutama sekali Whittaker yang kelihatan bersungguh mahu mengambil kembali gelaran yang pernah dirampas oleh Adesanya darinya pada 2019 dahulu.
Pertarungan berakhir, dan ketiga-tiga juri memberikan mata 48-47, 48-47, 49-46 yang memihak kepada Adesanya.
Dengan kuputusan itu, pengadil Herb Dean mengisytiharkan Adesanya sebagai pemenang dan juara bertahan middleweight UFC.
Kemenangan terbaharu ini turut melebarkan rekod profesional MMA yang dipegangnya kepada 22 - 1 (22 kemenangan, satu kekalahan).
Ini merupakan kali kedua petarung Nigeria-New Zealand itu bertemu Whittaker, di mana kali terakhir pertembungan mereka ialah pada Oktober 2019 yang berakhir dengan kemenangan ‘knock out’ oleh Adesanya.
Topic Berkaitan
#UFC 271
#UFC
#Israel Adesanya
#Robert Whittaker
#middleweight
#MMA
#Herb Dean
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan