awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ukraine gantung seumur hidup Tymoshchuk

Astro Arena
Astro Arena
12/03/2022
08:22 MYT
Ukraine gantung seumur hidup Tymoshchuk
Tymoshchuk didakwa melakukan "keputusan yang disedarinya" akan "mencalarkan imej bola sepak Ukraine". - Foto Astro Arena
BEKAS kapten Ukraine, Anatoliy Tymoshchuk, digantung seumur hidup daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak di negaranya disebabkan berdiam diri mengenai pencerobohan Rusia dan meneruskan hubungannya dengan kelab Rusia, Zenit.
Persatuan Bolasepak Ukraine (UAF) turut melucutkan lesen kejurulatihan Tymoshchuk dan tidak mengiktiraf segala pencapaian dan sumbangannya buat pasukan kebangsaan negara itu, termasuk trofi dan 144 penampilan antarabangsa.
Cadangan mengenai keputusan itu telah diumumkan awal minggu ini melalui Jawatankuasa Fair Play UAF, yang menuduh Tymoshchuk melakukan "keputusan yang disedarinya" akan "mencalarkan imej bola sepak Ukraine".
Tymoshchuk, 42, merupakan pemenang Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bersama Bayern Munich pada 2013 dan di antara dua tempoh empat tahunnya di Jerman, dia pernah beraksi selama semusim di Zenit sebelum kembali menyertai kelab Liga Perdana Rusia itu sebagai jurulatih pada 2016.
Penyiasat Etika UAF berkata, dengan terus bekerja di Zenit -- yang dimiliki dan ditaja oleh syarikat tenaga yang dikawal kerajaan, Gazprom -- pada ketika tentera Rusia sedang menyerang dan menceroboh Ukraine, Tymoshchuk telah melanggar kod etika dan fair play persatuan itu.
Jawatankuasa itu berkata dalam satu kenyataan di laman web rasmi UAF: "Sejak permulaan serangan tentera Rusia ke atas Ukraine, Tymoshchuk, bekas kapten pasukan kebangsaan Ukraine, tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan umum mengenai perkara itu atau berhenti berkerjasama dengan kelab dari negara ganas itu.
"Dengan melakukan keputusan yang disedarinya ini, Tymoshchuk telah mencalarkan imej bola sepak Ukraine."
Topic Berkaitan
#kapten bola sepak Ukraine
#Anatoliy Tymoshchuk
#digantung seumur hidup
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan