awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APG edisi ke-13 melabuhkan tirai, jumpa di Malaysia pada 2027
Sekurang-kurangnya 20 maut akibat ribut musim sejuk di AS
APG 2027: MPM jamin klasifikasi telus, piawaian antarabangsa di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Umar dapat tiket 'wild card' ke Kejohanan Olahraga Dunia 2025

Bernama
Bernama
08/09/2025
09:14 MYT
Umar dapat tiket 'wild card' ke Kejohanan Olahraga Dunia 2025
Antara pencapaian terbaik Umar tahun ini adalah mencatat masa 46.25 saat (s) pada Kejohanan Olahraga Asia di Gumi, Korea pada Mei lepas. - StadiumAstro
KUALA LUMPUR: Pelari 400 meter (m) kebangsaan Umar Osman sah akan mewakili negara menerusi tiket wild card pada Kejohanan Olahraga Dunia 2025 di Tokyo, Jepun yang berlangsung dari 13 hingga 21 Sept ini.
Presiden Olahraga Malaysia (MA) Datuk Karim Ibrahim dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemilihan Umar berdasarkan pencapaian cemerlang sepanjang 2025, merangkumi prestasi konsisten, kejayaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta potensi besar untuk menyerlah di pentas antarabangsa.
Beliau berkata antara pencapaian terbaik Umar tahun ini adalah mencatat masa 46.25 saat (s) pada Kejohanan Olahraga Asia di Gumi, Korea pada Mei lepas.
"Memandangkan tiada atlet negara yang berjaya melayakkan diri secara merit ke Kejohanan Olahraga Dunia 2025, slot wild card telah diberikan kepada Umar.
"Olahraga Malaysia yakin penyertaan Umar akan menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia, di samping menyemarakkan semangat perjuangan atlet negara di pentas dunia," katanya.
Untuk rekod, Umar adalah pemegang rekod kebangsaan dalam acara 400m dengan catatan masa 46.09s.
Dalam kenyataan sama, Karim berkata meskipun jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi memperoleh mata kelayakan lebih tinggi, beliau akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap persiapan menghadapi kejohanan utama bagi 2026, khususnya temasya berprestij seperti Sukan Komanwel.
Beliau berkata bagi atlet 400m wanita Shereen Samson Vallabouy pula akan memberi fokus pada Sukan SEA di Bangkok, Thailand pada Disember ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tiket wild card
#umar osman
#Kejohanan Olahraga Dunia
#Tokyo
#atlet negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan