Undian Piala Dunia 2014: Sepanyol, Belanda dalam kumpulan yang sama
Sepanyol diundi bersama dengan naib juara dan juga finalis yang mereka tewaskan pada edisi lalu, Belanda di dalam Kumpulan B.
Astro Awani
Sat Dec 07 2013
Majlis undian akhir Piala Dunia 2014 di Bahia. Gambar AFP
Juara bertahan, Sepanyol diundi bersama dengan naib juara dan juga finalis yang ditewaskan pada edisi lalu, Belanda di dalam Kumpulan B.
Turut menghuni Kumpulan B ialah pasukan daripada Asia, Australia dan juga pasukan Amerika Selatan, Chile.
Tumpuan sebenar sudah semestinya diberikan kepada Kumpulan D, yang juga di anggap sebagai kumpulan maut apabila dihuni England, bekas juara dunia 2006, Itali, pemenang tempat ke empat edisi 2010, Uruguay serta Costa Rica.