Ungkapan ‘Aweng Winning’ meniti di bibir bapa Azizulhasni Awang sebaik sahaja pelumba itu tiba di garisan penamat pada Kejohanan Trek Berbasikal Dunia 2017 yang berlangsung di Hong Kong, semalam.

Awang Muda Embong menyifatkan detik itu sebagai sesuatu yang menyentuh hati dan akan sentiasa terpahat di memorinya.

Beliau mengakui, begitu terkejut dengan kayuhan padu yang dilakukan Azizulhasni.

"Sedar-sedar, dia dah pecut terus. Saya bangga dengan pencapaian Azizulhasni semalam, apatah lagi ia memang ditunggu-tunggu olehnya sejak 10 tahun lagi," katanya.

Menurut Awang, beliau begitu berdebar apabila melihat Azizulhasni yang sering dikepung sejak awal perlumbaan.

Namun, bersyukur apabila anaknya itu mampu melakarkan kejutan ketika menghampiri garis penamat.

Menurut Awang, Azizulhasni menghubunginya dua hari sebelum pertandingan meminta mendoakannya untuk meraih Emas dalam acara itu.

Menurut Rosmani, mereka sekeluarga akan terus berdoa agar Azizulhasni yang digelar 'The Pocket Rocketman" akan terus berjaya mencipta kejayaan serta membanggakan negara.