SELEPAS berjaya mencipta keputusan seri bersama Atalanta di tempat lawan dalam saingan Liga Juara-juara Eropah pertengahan minggu ini, sudah pasti ia akan meningkatkan moral pemain- pemain Manchester United sebelum berhadapan dengan juara Liga Perdana musim lalu Manchester City di Old Trafford hari ini.
Pertemuan dengan Man City sudah tentu akan menguji sejauh mana keberkesanan strategi dan taktikal yang akan dimainkan oleh kedua-dua pengurus pasukan itu, memandangkan ia merupakan perlawanan tumpuan hujung minggu ini.
Berdasarkan falsafah dan dna bola sepak yang diwujudkan oleh kedua-kedua pengurus itu ia adalah serupa iaitu dengan bermain secara ‘build up attack’ serta menggunakan kekuatan pada setiap individu pemain mereka untuk melakukan transisi pantas untuk memerangkap lawan. Ini boleh di lihat dari susunan formasi yang diterapkan seperti 4-3-3 bagi Man City sementara Man United 3-4-3, 4-2-3-1 atau 3-5-2 mengikut kesesuaian pada kekuatan dan kelemahan lawannya. Sekiranya dilihat dari susun atur formasi itu sebenarnya sudah menampakkan kelebihan pada Man City kerana Pep sentiasa kekal dan percaya pada falsafah bola sepaknya pada masa ini.
Namun dari rekod pertemuan kedua-dua pasukan ini memang memihak pada Man United tetapi sekiranya di ambil kira dari prestasi semasa pasukan kendalian Ole Gunnar Solskjaer yang tidak konsisten itu agak sukar untuk The Red Devils mencipta kemenangan di lama sendiri. Ini boleh di lihat dari jumlah gol bolos dari 3 perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris di mana Man United melepaskan 10 jaringan dan itu menunjukkan kelemahan bertahan yang begitu ketara oleh anak didik Solskjaer.
Sekiranya ingin mencipta kemenangan ke atas Man City kelemahan itu perlu diperbaiki segera oleh pemain-pemain Man United dan mereka perlu menggekalkan konsentrasi setiap minit permainan. Man City pula perlu mengambil kesempatan ke atas permasalahan yang dihadapi Man United ketika ini, di mana anak didik Pep perlu mengunakan kekuatan yang ada pada bahagian penyudah mereka untuk memastikan kemenangan. Inilah masa paling sesuai untuk Man City memintas kedudukkan Man United bagi menjadikan saingan Liga Perdana Inggeris lebih sengit dan menarik untuk disaksikan.
Astro Arena
Sat Nov 06 2021
Berdasarkan falsafah dan dna bola sepak yang diwujudkan oleh kedua-kedua pengurus itu ia adalah serupa iaitu dengan bermain secara build up attack serta menggunakan kekuatan pada setiap individu. - Foto Stadium Astro
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Bekas pemain sayap Manchester United Nani umum persaraan
Nani menyertai United pada 2007 dan membuat 230 penampilan untuk kelab itu, menjaringkan 41 gol.
WSL: Manchester United belasah Liverpool 4-0
Pasukan tuan rumah mempamerkan permulaan cemerlang dalam tempoh 30 minit pertama apabila berjaya mendahului menerusi gol Elisabeth Terland.
Manchester United diaibkan Nottingham Forest di Old Trafford
The Red Devils tunduk mengalah buat kali pertama di laman sendiri di bawah bimbingan Amorim selepas mengharungi lima perlawanan.
EPL: Arsenal benam Manchester United di Emirates
Jaringan sepakan sudut memastikan Ruben Amorim terpaksa akur tewas buat kali pertama sebagai jurulatih Manchester United dalam saingan EPL berdepan Arsenal 0-2 di Stadium Emirates, awal pagi tadi.
UEL: Dua gol Hojlund pastikan Manchester United berpesta sambut ketibaan Amorim
Rasmus Hojlund jaringkan dua gol untuk menyelamatkan pesta sambutan Ruben Amorim di Old Trafford ketika Manchester United bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Bodo/Glimt.
EPL: Seri dengan Ipswich Town, Amorim berang Man Utd kerap fikir panjang
Bekas pengendali Sporting CP itu percaya bahawa anak buahnya terlampau berfikir panjang sepanjang aksi berlangsung.
Saya individu tepat untuk Man United - Ruben Amorim
Ruben Amorim percaya dia adalah 'individu yang tepat pada masa yang tepat' untuk mengubah nasib Manchester United.
Bekas pemain Manchester United jadi posmen
Dia hanya bermain dua perlawanan untuk pasukan utama United di bawah kendalian Sir Alex Ferguson sebelum ke Sheffield Wednesday pada 2015.
McTominay tak pernah rasa menyesal tinggalkan United
Dia menjaringkan tiga gol dalam 10 penampilan selain membantu Napoli menduduki tangga teratas liga Serie A selepas 12 perlawanan.
Ruben Amorim teruja mulakan tugas di Manchester United
Pengurus berusia 39 tahun itu menamatkan karier cemerlangnya bersama kelab Portugal itu dengan memenangi 164 daripada 231 perlawanan.