awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua panel Gaza sifatkan kehilangan nyawa "menyayat hati", gesa patuhi gencatan senjata
Kumpulan pecah cermin kereta dan curi tumpas, lima ditahan
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Universiade: Kimberly-Ker Ying sumbang perak buat skuad terjun

Bernama
Bernama
04/08/2023
23:30 MYT
Universiade: Kimberly-Ker Ying sumbang perak buat skuad terjun
Kimberly (kiri) berkata beliau berpuas hati dengan pencapaian yang dilakar itu meskipun hanya menjalani waktu latihan singkat sebelum ke kejohanan berkenaan. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kontinjen Malaysia meneruskan rentak cemerlang di Sukan Universiti Dunia (Universiade) Chengdu, China apabila skuad terjun negara pula menghasilkan pingat perak menerusi gandingan Kimberly Bong-Ong Ker Ying, semalam.
Kimberly-Ker Ying berjaya mengekalkan momentum untuk melengkapkan lima terjunan dengan mengutip 257.82 mata keseluruhan dalam aksi tiga meter papan anjal seirama, di belakang pasangan China, Chen Jia-Yang Ruulin yang meraih emas dengan 330.75 mata.
Pingat gangsa pula milik pasangan Itali, Neroni Elettra-Borello Matildo dengan 237.30 mata.
Dalam pada itu, Kimberly berkata beliau berpuas hati dengan pencapaian yang dilakar itu meskipun hanya menjalani waktu latihan singkat sebelum ke kejohanan berkenaan.
"Kita sangat teruja, gembira dan berpuas hati lebih-lebih lagi apabila kami tak pernah berganding sama. Kami hanya sempat berlatih sama dalam dua minggu sahaja dan sewaktu di sini, mungkin sebab memang dah ada keserasian, jadi hasilnya sangat baik," katanya menerusi kenyataan yang dikongsi kepada media.
Setakat ini, kontinjen negara telah memungut satu emas, satu perak dan empat gangsa di temasya sukan universiti berprestij itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#universiade
#terjun
#pingat perak
#Kimberly Bong-Ong Ker Ying
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan