awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Universiade: Umar sekali lagi pecah rekod kebangsaan

Bernama
Bernama
02/08/2023
05:26 MYT
Universiade: Umar sekali lagi pecah rekod kebangsaan
Atlet berusia 20 tahun itu merekodkan 46.09 saat (s) untuk berada di tempat ketiga saingan separuh akhir ketiga di Stadium Shuangliu Sports Centre. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemenang pingat emas Sukan SEA acara 400 meter (m) lelaki, Umar Osman terus menampilkan larian bertenaga apabila sekali lagi memecahkan rekod kebangsaan miliknya pada Sukan Universiti Dunia (Universiade) Chengdu, China, hari ini.
Atlet berusia 20 tahun itu merekodkan 46.09 saat (s) untuk berada di tempat ketiga saingan separuh akhir ketiga di Stadium Shuangliu Sports Centre, sekali gus menyaksikan beliau layak ke final esok selepas berada di tempat keempat secara keseluruhan.
Atlet Australia, Reece Nathaniel Holder muncul pelari terpantas pada separuh akhir bagi acara tersebut selepas mencatat 45.75s, juga di separuh akhir ketiga.
Semalam, Umar mencatat 46.33 s pada pusingan saringan untuk menamatkan saingan di tempat kedua secara keseluruhan sekali gus memecahkan rekod kebangsaan 46.34s yang beliau lakukan pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Mei lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#umar osman
#universiade
#rekod kebangsaan
#400 meter lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan