SEPANYOL 6 JERMAN 0
Luis Enrique melabel Sepanyol memperagakan penampilan sempurna ketika mereka membelasah Jerman 6-0 untuk memastikan kemaraan dalam kempen Liga Negara-Negara (UNL) sambil menjelaskan Sergio Ramos nampaknya hanya mengalami kecederaan ringan.
Ferran Torres mencetak hatrik sementara Alvaro Morata, Rodri dan Mikel Oyarzabal masing-masing turut menyumbangkan gol dalam aksi luar biasa awal pagi tadi, yang bermaksud Sepanyol menguasai tangga teratas Kumpulan A4 di depan lawan mereka itu.
Ia adalah kemenangan pertama Sepanyol dalam empat perlawanan selepas skuad bimbingan Enrique itu mencatatkan keputusan seri berturut-turut ketika menentang Switzerland dan Belanda selain kekalahan 0-1 kepada Ukraine.
Namun, mereka sememangnya berhak meraikan kemenangan bergaya di Seville memandangkan mendominasi dari awal hingga akhir permainan dengan melancarkan 23 percubaan berbanding hanya dua kali diancam pelawat termasuk memiliki 69.7 peratus penguasaan bola.
Jerman sama sekali gagal membuat sebarang percubaan tepat untuk La Roja muncul pasukan pertama sejak Perancis mengekang sebarang percubaan anak buah Joachim Low pada November 2015.
"Perlawanan berjalan dengan sempurna. Semua pemain amat serasi dan mendapat rentak," kata bekas pengurus Barcelona itu kepada wartawan.
"Jerman menurunkan pasukan terbaiknya dan saya fikir sejak awal-awal lagi kami tampil dengan sangat baik dan ini adalah salah satu daripada perlawanan terbaik serta paling lengkap kami.
"Dalam perlawanan terdahulu, kami juga unggul tetapi kami gagal meraih ganjarannya. Alangkah seronoknya dapat layak ke separuh akhir.
"Pemain-pemain ini mewakili Sepanyol dengan baik. Kami mempunyai sekumpulan 30 pemain yang menunjukkan prestasi yang sangat baik.
"Penyerang kami berkualiti tinggi dan saya berharap kami mempunyai pemain yang mampu menyumbat banyak gol, hari ini kami telah melihat beberapa pemain berkemampuan menyudahkan peluang terhidang."
Satu-satunya kekecewaan buat Sepanyol adalah kecederaan hamstring yang menimpa Sergio Canales dan Ramos.
Walaupun tidak dapat mengesahkan jangka waktu yang tepat mengenai kepulangan Ramos, Luis Enrique menawarkan harapan bahawa pemain pertahanan Real Madrid itu tidak akan tersisih terlalu lama.
"Ia kecederaan ringan dan saya harap mereka hanya akan terpinggir dalam masa yang singkat," tambahnya.
"Inilah yang paling saya rasakan kerana saya pernah menjadi pengurus kelab dan saya meletakkan diri sendiri di tempat mereka."
Astro Arena
Wed Nov 18 2020
Ferran Torres (kiri) meraikan kejayaan bersama Luis Enrique (kanan) ketika perlawanan UNL Kumpulan D antara Sepanyol dan Jerman di Estadio La Cartuja, Seville, Sepanyol, 17 Nov, 2020. REUTERS
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
UCL: PSG tak jamin turunkan Kylian Mbappe
Pengurus Paris St Germain (PSG), Luis Enrique, enggan menawarkan Kylian Mbappe jaminan tentang minit permainan dalam Liga Juara-Juara (UCL).
PSG benam Touluse, julang Trofi Juara Perancis
Kang-in bermain perlawanan terakhirnya sebelum ke Piala Asia di Qatar bersama Korea Selatan, meletakkan PSG di depan pada minit ketiga.
Ligue 1: PSG makin selesa di bawah kendalian Enrique
Luis Enrique seronok melihat PSG merampas persada Ligue 1 selepas kemenangan 3-0 ke atas Montpellier.
PSG masih tercari-cari rentak sebenar - Luis Enrique
Luis Enrique menegaskan dia masih dalam fasa awal membangunkan pasukan bimbingannya, Paris St Germain (PSG).
De la Fuente cari permulaan cemerlang bersama La Roja
Sebelum ini, kapten Sergio Busquets bersara dan De la Fuente menggantikan Luis Enrique sebagai pengendali pasukan.
Piala Dunia Qatar: Luis de la Fuente individu paling tepat latih Sepanyol
La Roja berpisah dengan jurulatih sebelum ini berikutan tersingkir mengejut kepada Maghribi dalam pusingan 16 Piala Dunia.
Piala Dunia Qatar: Sepanyol perlu sesuaikan diri selepas kekalahan mengejutkan
Pasukan pilihan itu terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan Piala Dunia Qatar 2022.
Piala Dunia Qatar: Kalau tahu saya mungkin sudah kena serangan jantung - Luis Enrique
Luis Enrique mengakui bahawa dia sebenarnya tidak menyedari keputusan semasa dan bersyukur untuk tidak mengetahuinya.
Piala Dunia Qatar: Memalukan gagal kalahkan Jerman - Enrique
Sepanyol enggan memandang rendah aksi terakhir menentang Jepun dan menyasarkan untuk menang.
Piala Dunia Qatar: Sepanyol diseru usah terlalu yakin berdepan Jerman
Juara 2010 itu melancarkan kempen mereka di Qatar dengan kemenangan bergaya 7-0 ke atas Costa Rica.