awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNL: Kylian Mbappe sah kembali perkuat Perancis

Astro Arena
Astro Arena
15/02/2025
04:31 MYT
UNL: Kylian Mbappe sah kembali perkuat Perancis
Mbappe tidak terpilih untuk mewakili skuad Perancis pada Oktober atau November tahun lalu. - Stadium Astro
DIDIER Deschamps mempersoalkan khabar angin bahawa Kylian Mbappe tidak akan disenaraikan dalam skuad Perancis seterusnya sambil mengesahkan penyerang Real Madrid itu akan kembali ke pangkuan.
Mbappe tidak terpilih untuk mewakili skuad Perancis pada Oktober atau November tahun lalu.
Situasi itu secara langsung mencetuskan spekulasi hubungan dingin di antara Deschamps dan Mbappe yang pernah bertindak selaku kapten Les Bleus.
Namun, pemain berusia 26 tahun itu sah akan kembali untuk perlawanan Liga Negara-Negara UEFA (UNL) menentang Croatia bulan depan sekiranya kecergasannya membenarkan.
10 - Only Ousmane Dembélé (15) has scored more goals in all competitions than Kylian Mbappé (10) in 2025 among players in Europe's top five leagues. On.#MCIRMA #UCL pic.twitter.com/bw2SF50Sy6
— OptaJose (@OptaJose) February 11, 2025
"Sudah tentu dia akan berada di sana. Mengapa dia tidak? Jika tidak mungkin atas sebab yang sangat spesifik," kata ketua jurulatih Perancis itu kepada L'Equipe.
“Tetapi dia akan berada di sana jika tiada apa-apa berlaku kepadanya.
"Dia mempunyai ikatan yang kuat bersama skuad Perancis walaupun pernah berdepan tempoh peribadi yang rumit.
"Dia kembali ke tahap kecergasan penuh dan anda boleh melihatnya menerusi permainannya dan juga di dalam kepalanya." -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Kylian Mbappe
#Pasukan Perancis
#kembali beraksi
#Liga Negara-Negara UEFA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan