Hajat beregu lelaki negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong untuk mengulangi detik gemilang selepas digandingkan semula awal tahun ini tidak kesampaian selepas tersingkir pada final Kejohanan Badminton Malaysia Masters di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini hari ini.
Turun dengan harapan tinggi untuk menamatkan kemarau kejuaraan selama setahun, beregu negara itu bagaimanapun ditunjukkan jalan keluar oleh beregu bukan pilihan dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 21-14, 22-24, 13-21.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu memulakan saingan dengan baik apabila memenangi set pertama 21-14 namun mensia-siakan peluang ketika sedang mendahului perlawanan 18-13 pada set kedua sehingga memberikan kemenangan kepada pihak lawan dengan 24-22.
Aksi V Shem-Wee Kiong terus hambar di set penentuan apabila kalah 21-13.
Wee Kiong, ketika ditemui pemberita, mengakui banyak melakukan kesilapan yang tidak seharusnya dilakukan pada set kedua yang menyebabkan motivasi mereka menurun pada set penentuan.
"Mereka (pihak lawan) menukar corak permainan ketika kami sedang mendahului 18-13 dan kami lambat bertindak untuk mematikan serangan mereka.
"Mereka juga bermain lebih pantas dan menyebakan kami lambat bertindak. Kita mengambil pengajaran dengan kesilapan hari ini supaya tidak mengulanginya pada kejohanan akan datang," katanya selepas perlawanan.
Sebelum ini, V Shem-Wee Kiong layak ke separuh akhir di Thailand Masters minggu lepas dan akan beraksi di Indonesia Masters, bermula Selasa.
Kali terakhir mereka muncul juara adalah pada Siri Super Akhir 2016 di Dubai.
Sementara itu, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria meminta kedua-dua pemain itu segera memulihkan komunikasi antara mereka berdua untuk mengembalikan semula pencapaian gemilang mereka seperti pada tahun 2016.
"Hari ini saya lihat mereka bercakap, walaupun masih kurang tetapi ada perubahan yang positif," katanya selepas perlawanan itu.
Mohd Norza berkata walaupun kedua pemain itu masih memerlukan masa untuk memperbaiki komunikasi antara mereka namun mereka telah menunjukkan prestasi yang terpuji dalam dua kejohanan awal tahun ini.
"Saya berharap mereka terus meningkatkan prestasi dan memperbaiki hubungan antara mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 21 2018
Tan Wee Kiong dan Goh V Shem bergambar bersama Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto pada Peringkat Akhir Kejohanan Perodua Malaysia Masters 2018 di Axiata Arena Kuala Lumpur Sports City hari ini. --fotoBERNAMA
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Final Jelajah Dunia BWF: 'Hidung berdarah' tak halang Tang Jie-Ee Wei atasi wakil Indonesia
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan rentak kemenangan dalam saingan kumpulan B Final Jelajah Dunia BWF 2024.
An Se-young dinobatkan pemain badminton wanita terbaik dunia 2024
Bintang sensasi Korea Selatan, An Se-young terus mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemain badminton wanita terbaik dunia.
Badminton: Tat Meng sah tinggalkan 'team' Lee Zii Jia
Pasukan Lee Zii Jia mengesahkan Pengarah Kejurulatihannya Wong Tat Meng akan meninggalkan pasukan berkenaan.
BAM ambil pendekatan berbeza untuk Sukan SEA 2025
Malaysia pada Sukan SEA di Kemboja sebelum ini menurunkan pemain muda bagi memberi peluang kepada mereka untuk menampilkan aksi cemerlang.
Final Jelajah Dunia BWF: Juara Olimpik Viktor Axelsen tarik diri
Juara Sukan Olimpik, Viktor Axelsen, sah menarik diri daripada Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China minggu depan.
Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.
Beregu lelaki bersiap sedia hadapi kalendar 2025 - Bin Shen
Penampilan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di Jelajah Dunia Akhir 2024 pada Disember jadi peluang terbaik mengenal pasti kelemahan secara terperinci.