awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
Arsenal sahkan Mikel Merino akan jalani pembedahan kaki
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Van Dijk ledak gol kemenangan dalam aksi sulung

Astro Arena
Astro Arena
06/01/2018
01:23 MYT
Van Dijk ledak gol kemenangan dalam aksi sulung
Pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk. Foto Astro ARENA
LIVERPOOL 2 EVERTON 1
Pertahanan, Virgil van Dijk, muncul wira Liverpool selepas menjaringkan gol kemenangan dalam saingan Piala FA ketika bertemu Everton, awal pagi tadi.
Pertahanan termahal dunia, yang menyempurnakan perpindahan dari Southampton sebanyak GBP75 juta (RM406 juta) bulan ini, menanduk masuk gol enam minit sebelum perlawanan berakhir dalam aksi yang berlangsung di Anfield.
Van Dijk memiliki peluang yang sama sebelum ini tetapi berjaya ditampan oleh penjaga gol Jordan Pickford, tetapi memastikan kemaraan skuad bimbingan Jurgen Klopp dalam saingan Piala FA.
"Ia bagaikan mimpi jadi kenyataan buat saya," katanya.
"Sangat menakjubkan beraksi di Anfield dan gol ini merupakan sesuatu yang istimewa buat saya dan keluarga saya.
"Bermain di Anfield adalah impian buat semua pemain.
James Milner membuka jaringan menerusi sepakan penalti selepas Mason Holgate menjatuhkan Adam Lallana, tidak terkejut dengan impak yang dipamerkan oleh Van Dijk.
"Ia merupakan perlawanan yang sukar tetapi kami berada tahap terbaik dan Van Dijk menyempurnakan peluangnya," kata Milner.
"Tetapi jaringan kemenangannya adalah sesuatu yang telah kami jangkakan."
Gol saguhati Everton dihasilkan oleh Gylfi Sigurdsson pada minit ke-69.
Topic Berkaitan
#Anfield
#Everton
#James Milner
#jurgen klopp
#Liverpool
#perpindahan
#Piala FA
#Virgil Van Dijk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan