awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Verstappen kejutkan McLaren dengan catatan rekod litar untuk petak hadapan GP Jepun

Bernama
Bernama
05/04/2025
22:00 MYT
Verstappen kejutkan McLaren dengan catatan rekod litar untuk petak hadapan GP Jepun
Max Verstappen (tengah) bersama Lando Norris (kiri) dan Oscar Piastri (kanan) selepas sesi kelayakan GP F1 Jepun di Litar Suzuka, Suzuka, Jepun, 5 Apr 2025. (Foto AP)
SUZUKA: Juara dunia Max Verstappen mencipta kejutan apabila meraih petak hadapan untuk pasukan Red Bull dalam sesi kelayakan Grand Prix Formula Satu (F1) Jepun yang dramatik, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Verstappen mencatat masa rekod litar satu minit 26.995 saat untuk menewaskan dua pemandu McLaren, Lando Norris dan Oscar Piastri, masing-masing dengan kelebihan 0.014 dan 0.044 saat, sekali gus meraih petak hadapan ke-41 dalam kariernya.
McLaren sebelum ini memenangi dua perlumbaan pertama musim ini menerusi Norris dan Piastri, selain mendominasi ketiga-tiga sesi latihan di Litar Suzuka.
Walaupun McLaren dianggap lebih kuat dalam perlumbaan jarak penuh berbanding Red Bull, ramalan hujan pada Ahad mungkin memihak kepada Verstappen.
Yuki Tsunoda yang membuat penampilan sulung bersama Red Bull selepas dinaikkan daripada pasukan sekutunya, Visa RB, sekadar menamatkan sesi kelayakan Q2 di tempat ke-15, di belakang Liam Lawson dari Visa RB yang mencatat masa lebih pantas di tempat ke-14.
Sesi Q2 turut terganggu akibat kebakaran rumput di tepi litar yang berpunca daripada percikan api daripada bahagian bawah kereta. Insiden sama turut menyebabkan sesi latihan ketiga dihentikan dua kali lebih awal pada hari sama dan turut berlaku pada Jumaat.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#Jepun
#Max Verstappen
#Red Bull
#Grand Prix F1
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan