Ketua jurulatih kebangsaan yang baharu Nelo Vingada dilapor sudah tiba di Kuala Lumpur pada Selasa bagi memulakan tugas membimbing skuad Harimau Malaya.
Berita ketibaan Vingada yang terkenal dengan jolokan ''The Professor'' dimaklumkan menerusi entri terkini laman Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) - Football Association of Malaysia (Official) hari ini berserta gambar pertemuan jurulatih dari Portugal itu dengan presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
"Nelo Vingada yang begitu komited dengan tugasan baharunya ini akan memulakan tugas jurulatih dengan segera," menurut FAM dalam entri itu.
Tugas pertama Vingada ialah mempersiapkan skuad kebangsaan untuk menghadapi Lubnan dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 pada 13 Jun ini, selepas Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menunda perlawanan pertama Kumpulan B dengan Korea Utara kepada 5 Okt.
Turut diundi dalam Kumpulan B ialah Hong Kong.
Vingada, 64, memulakan kerjaya sebagai pembantu kepada Carlos Queiroz yang melatih pasukan Bawah 20 Tahun Portugal yang menyaksikan pasukan itu menempa kejayaan dalam kejohanan Piala Dunia Bawah 20 Tahun FIFA pada 1989 dan 1991.
Selepas mengambil alih tugas Queiroz, Vingada berjaya membawa pasukan tersebut hingga peringkat separuh akhir Piala Dunia Bawah 20 Tahun 1995 dan Olimpik 1996.
Vingada yang mempunyai pengalaman melatih selama 35 tahun turut membuat impak di Asia.
Beliau pernah melatih pasukan remaja Arab Saudi (1996-97), pasukan Olimpik Mesir (2004-05), pasukan kebangsaan Jordan (2007-09) dan skuad Olimpik Iran (2014).
Beliau turut melatih dan membawa kejayaan kepada pasukan kelab seperti FC Zamalek (Mesir), FC Seoul (Korea), Persepolis FC (Iran) dan Dalian Shide FC (China).
Tugas terakhirnya sebelum ini ialah melatih NorthEast United FC (India).
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2017
Berita ketibaan Vingada yang terkenal dengan jolokan ''The Professor'' dimaklumkan menerusi entri terkini laman Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Kerjasama bersepadu Persekutuan, Negeri selesai isu prasarana sekolah daif Sabah
Kerajaan Sabah akan terus menjalin kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan dalam usaha memberi suasana dan nafas baharu kepada prasarana sekolah di negeri itu.
Pantau Belanjawan: Tadbir Urus: ‘Spot check’ nilai prestasi penjawat awam
Semua ketua jabatan kerajaan perlu membuat semakan mengejut bagi memerhati pelaksanaan kerja kakitangan bawahan bagi memastikan tiada amalan negatif berlaku dalam jabatan masing-masing agar perkhidmatan awam kekal cekap, relevan dan berkesan. Apakah kaedah dan pendekatan terbaik untuk melaksanakan usaha ini?
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
Satu lagi konsert, Harimau Malaya pertimbang tukar venue
FAM tidak menolak akan mengetepikan Rumah Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil, jika gelanggang itu masih lagi terjejas untuk baki kempen kelayakan Piala Dunia 2026.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Mampukah Hamidin terus pacu kemajuan FAM?
Isu penyebaran 'surat layang' baru-baru ini ternyata memberi tamparan buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Usah buat Pan-gon kecewa lagi
Datuk Pekan Ramli berkata, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikritik teruk atas dua kekalahan tersebut dan kecaman itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
KBS yakin isu surat layang berkaitan FAM dapat ditangani
KBS yakin SPRM akan dapat menangani isu surat layang membabitkan FAM sekiranya terdapat bukti kukuh.
Kalau semua berhenti kerja sebab surat layang, susahlah - Hannah
Menteri Belia dan Sukan akui surat layang merupakan perkara biasa dalam sesebuah organisasi susulan kemelut yang sedang melanda FAM ketika ini.
Lekir nafi dapat subsidi, projek FAM
CAPO Ultras Malaya, Lekir Ahmad tampil menafikan dakwaan yang mengatakan dia mendapat subsidi dan projek daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).