awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OpenAI cari Ketua Kesediaan untuk kenal pasti kesan negatif AI
Izwan Hasli dilantik Ketua Pegawai Eksekutif baharu PNB Merdeka Ventures
Notis rasmi kekosongan luar jangka tiga DUN Perlis diserah kepada SPR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Welson Sim raih slot Olimpik Rio 400m gaya bebas

Bernama
Bernama
17/03/2016
15:08 MYT
Welson Sim raih slot Olimpik Rio 400m gaya bebas
Welson layak secara merit selepas menamatkan saingan di tempat pertama dengan catatan tiga minit 50.33 saat, melepasi had kelayakan 3:50.44s. - Gambar fail AFP
Atlet renang negara, Welson Sim meraih slot ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil 2016 selepas memenangi pingat emas acara 400 meter gaya bebas di Kejohanan Peringkat Umur Kebangsaan Singapura, hari ini.
Welson layak secara merit selepas menamatkan saingan di tempat pertama dengan catatan tiga minit 50.33 saat, melepasi had kelayakan 3:50.44s.
Kali terakhir wakil Malaysia beraksi dalam acara itu di pentas Olimpik adalah pada edisi 2004 di Athens menerusi perenang Lim Keng Liat.
Setakat ini, atlet negara yang telah layak ke Sukan Olimpik adalah Pandelela Rinong, Cheong Jun Hoong, Wendy Ng Yan Yee, Ooi Tze Liang, Nur Dhabitah Sabri bagi acara terjun, Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa (berbasikal), Jonathan Wong (menembak), Khairul Anuar Mohamad (memanah) dan dua slot bagi sukan pelayaran.
Persatuan Pelayaran Malaysia masih belum memutuskan nama dua atlet pelayaran mereka ke Rio.
Topic Berkaitan
#Atlet renang
#Olimpik Rio
#Welson Sim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan