awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesta Angin Timur platform strategik pacu sektor pelancongan negeri - Raja Perlis
Perarakan Tanglung kembali ke Labuan selepas berehat lebih sedekad, tarik ribuan pengunjung
Penilaian pasaran tingkat unjuran pertumbuhan Malaysia kepada 4.5-5.0 peratus tahun ini - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Westwood dipecat dari jawatan jurulatih Pulau Pinang

Bernama
Bernama
19/03/2017
04:50 MYT
Westwood dipecat dari jawatan jurulatih Pulau Pinang
Westwood telah mencapai kata sepakat untuk menamatkan kontraknya. - Bernama
Kontrak Ketua Jurulatih Pulau Pinang, Ashley Westwood ditamatkan serta merta oleh Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) susulan prestasi hambar skuad Harimau Kumbang dalam saingan Liga Super musim ini.
Presiden FAP, Zairil Khir Johari berkata Westwood telah mencapai kata sepakat untuk menamatkan kontraknya selepas bekas pemain Manchester United itu dilantik untuk tempoh dua tahun mulai Januari lepas.
"Saya bagi pihak FAP merakamkan penghargaan atas khidmat dan usaha beliau selama berada dengan pasukan Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Justeru, katanya, FAP telah melantik pembantu ketua jurulatih, Darren Read, bagi memangku jawatan itu buat sementara waktu sehingga pelantikan ketua jurulatih baharu diumumkan dalam masa terdekat.
Dalam saingan musim ini, Pulau Pinang kini menduduki tangga tercorot Liga Super 2017 selepas lapan perlawanan tanpa menang dengan hanya mengumpul dua mata.
Mencatatkan dua keputusan seri dengan Malacca United dan PKNS dan enam tewas menyaksikan Pulau Pinang muncul pasukan tunggal dalam Liga Super musim ini yang masih belum mencatatkan sebarang kemenangan.
Di bawah bimbingan Westwood, skuad harimau kumbang hanya berjaya mencatatkan satu kemenangan setakat ini iaitu menewaskan MPKB-BRI U-Bes 1-0 pada saingan Piala FA, Februari lepas.
Pulau Pinang juga telah tercicir dari saingan Piala FA 2017 selepas tewas 4-1 kepada Negeri Sembilan pada pusingan ketiga, 11 Mac lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ashley Westwood
#FAP
#jurulatih
#pulau pinang
#Zairil Khir Johari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan