awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jasamu kami kenang sampai akhir hayat, kata Afnan Hamimi kepada Muhyiddin
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
Pas bakal putuskan status hubungan dengan Bersatu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wira Real Madrid bangkang VAR

Astro Arena
Astro Arena
14/12/2017
04:41 MYT
Wira Real Madrid bangkang VAR
Gareth Bale dan Cristiano Ronaldo meraikan kejayaan Real Madrid sambil diperhatikan Mohammed Ali Ayed dari Al Jazira selepas separuh akhir kempen Piala Dunia Kelab di Stadium Zayed Sports City, Abu Dhabi, UAE, 13 Disember, 2017. REUTERS
AL JAZIRA 1 REAL MADRID 2
Gareth Bale mempersoalkan kelebihan sistem video pembantu pengadil (VAR) selepas menyelamatkan maruah Real Madrid dalam kemenangan 2-1 ke atas Al Jazira dalam separuh akhir kempen Piala Dunia Kelab, malam tadi.
Pemain antarabangsa Wales itu tampil dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol kemenangan dengan sentuhan pertamanya pada minit ke-81 di Abu Dhabi, selepas Cristiano Ronaldo terlebih dahulu telah mengimbangi gol pembukaan Romarinho.
Kedua-dua pasukan itu mencetak gol yang tidak dibenarkan melalui VAR selepas Casemiro dinafikan gol pembukaan manakala jaringan Mbark Boussoufa untuk gol kedua Al Jazira dibatalkan akibat ofsaid.
"Secara jujurnya, saya tidak sukakan VAR," kata Bale. "Bola sepak lebih baik tanpanya tetapi itulah pendapat saya."
Ia adalah penampilan kedua Bale sejak September lalu selepas bergelut dengan masalah betis.
"Apabila anda masuk dari bangku simpanan, anda mahu menjadi penentu dalam permainan," katanya.
"Saya perlu memperbaiki permainan sendiri tetapi anda perlu bersabar dan saya perlu mendengarkan fizikal saya.
"Ia akan mengambil masa tetapi saya akan bekerja keras."
Real Madrid akan menghadapi Gremio dalam perlawanan akhir hujung minggu ini.
Topic Berkaitan
#Al Jazira
#bola sepak
#Cristiano Ronaldo
#Gareth Bale
#pembantu pengadil
#Piala Dunia
#Real Madrid
#VAR
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan