awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WSBK: Hafizh Syahrin mula gegar Litar Mandalika

Sinar Harian
Sinar Harian
03/03/2023
22:17 MYT
WSBK: Hafizh Syahrin mula gegar Litar Mandalika
Aksi Hafizh Syahrin pada sesi latihan bebas Pusingan 2 WSBK di Litar Mandalika, Lombok, Indonesia, pada Jumaat. --fotoBERNAMA
PELUMBA negara, Hafizh Syahrin Abdullah menunjukkan peningkatan prestasi pada sesi latihan bebas Pusingan 2 Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2023 di Litar Mandalika, Lombok, Indonesia pada Jumaat.
Pelumba pasukan PETRONAS MIE Racing HONDA Team itu mencatatkan masa 1 minit 37.087 saat (s) pada sesi latihan bebas pertama yang menyaksikan pelumba Aruba.it Racing - Ducati, Michael Ruben Rinaldi menguasai sesi dengan 1'34.613s.
Hafizh Syahrin kemudiannya meraih catatan lebih baik pada sesi latihan bebas kedua - 1'36.031s, manakala Rinaldi terus tampil dengan catatan terpantas, 1'32.468s.
Pada Sabtu, Hafizh Syahrin dijadualkan menyertai sesi latihan bebas ketiga sebelum meneruskan saingan Superpole dan Perlumbaan 1 di litar kegemarannya itu.
Pada pusingan pembuka tirai 2023 di Litar Phillip Island, Australia minggu lalu, Hafizh Syahrin tidak pulang tangan kosong apabila meraih satu mata selepas melengkapkan Perlumbaan 1 di tempat ke-15.
Seorang lagi wakil negara yang menyertai kelas WorldSSP bersama pasukan PETRONAS MIE MS Racing HONDA Team, Adam Norrodin terkeluar daripada syarat catatan masa ditetapkan pada sesi latihan bebas pertama.
Adam yang membuat penampilan sulung di pentas WSBK mencatat 1'47.557s, sekali gus berada dalam senarai lima pelumba yang di bawah syarat catatan ditetapkan (105 peratus daripada catatan dilakukan pelumba di tempat pertama), 1'44.391s. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Hafizh Syahrin
#pelumba negara
#Kejuaraan Superbike Dunia
#WSBK 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan