awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Xabi Alonso masih belum sedia untuk bersara

Astro Arena
Astro Arena
07/01/2017
01:53 MYT
Xabi Alonso masih belum sedia untuk bersara
Bekas bintang Real Madrid itu tidak tergesa-gesa untuk membuat keputusan. - Foto AP
PEMAIN tengah Bayern Munich, Xabi Alonso bertegas isu persaraan masih belum terlintas dalam fikirannya.
Kontrak pemain berusia 35 tahun itu di Allianz Arena dijangka berakhir pada hujung musim ini dengan pemain itu masih belum menandatangani kontrak pembaharuan.
Bagaimanapun, bekas bintang Real Madrid itu tidak tergesa-gesa untuk membuat keputusan.
"Kami masih mempunyai masa. Segalanya bergantung kepada apa yang saya rasa,"jelas pemain tengah itu ketika sesi sidang media.
"Tubuh badan saya masih sihat, saya berasa cukup baik ketika ini."
Sementara itu, Alonso mendedahkan bahawa pemain muda, Joshua Kimmich merupakan calon tepat selaku penggantinya di Bayern.
"Josh cukup menakjubkan. Dia mampu beraksi baik tidak kira di posisi mana dia diturunkan. Itu satu kualiti yang mantap.
"Saya yakin dia akan melalui masa depan yang cerah untuk tahun akan datang."
Kimmich telah pun berjaya membarisi kesebelasan utama Bayern dalam tempoh 18 bulan dan pemain serba boleh itu bertekad untuk menjadi antara watak penting di Allianz Arena.
"Saya berbesar hati dengan apa yang diutarakan Xabi tentang saya," katanya.
"Tiada sesiapa menjangkakan apa-apa daripada saya dalam musim pertama ini. Namun ketika ini saya buktikan apa yang saya mampu lakukan.
"Saya tidak mempunyai posisi kegemaran. Namun harapan saya adalah untuk beraksi di posisi tertentu."
Topic Berkaitan
#Bayern Munich
#berita sukan
#bersara
#bola sepak
#xabi alonso
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan