ROBERT LEWANDOWSKI melakukan penampilan pertama dengan amat kukuh di Barcelona sehingga pengurusnya, Xavi, menganggap penyerang itu sebagai "pembelian yang luar biasa".
Lewandowski melakukan penampilan pertama bersama kelab barunya itu ketika Barcelona menewaskan Real Madrid 1-0 dalam aksi persahabatan hujung minggu lalu, di mana dia diletakkan dalam kesebelasan utama sebelum dikeluarkan selepas separuh masa.
Naib juara Anugerah Ballon d'Or 2021 itu menamatkan tujuh musim terakhir dengan sekurang-kurangnya 40 gol setiap satu dan Barcelona kini berharap agar kemuncak karier penyerang itu masih belum berakhir walaupun akan berusia 34 tahun bulan depan.
Bercakap kepada media, Xavi memuji penyerang barunya itu, yang berjaya didatangkan daripada Bayern Munich.
"Lewandowski menyesuaikan diri dengan amat baik. Dia amat rendah diri walaupun telah memenangi hampir kesemua yang ditawarkan dalam Bola Sepak.
"Dia mempunyai kerendahan hati untuk bekerja keras bersama pasukan dan bagi kami, dia satu pembelian yang amat luar biasa.
"Dia amat bagus, saya amat-amat gembira memiliki Robert dalam pasukan ini dan ketika perlawanan (menentang Madrid), dia menyesuaikan diri dengan amat baik.
"Dia mengawal bola apabila Madrid memberikan tekanan, dia amat memahami bila saatnya untuk dia mengawal bola, bila untuk bermain bersama pemain tengah menyerang dan bila untuk bermain bersama pemain tengah bertahan.
"Dia banyak kali turun ke bawah dan kita sedang bercakap mengenai seorang pemain terbaik dalam dunia bola sepak," katanya.
*Artikel asal disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Tue Jul 26 2022
Lewandowski melakukan penampilan pertama bersama kelab barunya itu ketika Barcelona menewaskan Real Madrid 1-0 dalam aksi persahabatan hujung minggu lalu. - Stadium Astro
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
La Liga: Xavi berang anak buah buat kesilapan mudah
Pengurus Barcelona, Xavi Hernandez, berang dengan keputusan yang sepatutnya memihak kepada pasukannya.
Barcelona bincang kelibat Messi selepas tawan LaLiga - Xavi
Barcelona akan membincangkan mengenai masa depan Messi sebaik sahaja mengesahkan kejuaraan.
LaLiga: Barcelona terlepas peluang lebar penguasaan selepas seri dengan Girona
Aksi tangkas penjaga gol, Paulo Gazzaniga, memastikan gawang pelawat tidak dibolosi sepanjang pertemuan.
Bernardo Silva masih dalam perancangan Barcelona
Silva dikaitkan dengan perpindahan ke Camp Nou sebagai pengganti berpotensi kepada Frenkie de Jong yang dikhabarkan menarik minat Manchester United dan Chelsea.
Xavi gelar Lewandowski pemain terbaik dunia selepas penampilan pertama dengan Barca
Robert Lewandowski melakukan penampilan pertama dengan amat kukuh di Barcelona sehingga pengurusnya, Xavi, menganggap penyerang itu sebagai "pembelian yang luar biasa".
Barcelona enggan ikut jejak langkah Man Utd dalam era pasca Messi - Xavi
Xavi berkata gergasi Catalan itu tidak mampu untuk mengikut pergelutan dihadapi Manchester United baru-baru ini.
Xavi sanjung tinggi 'mentaliti kemenangan' Barcelona
Xavi mengakui Barcelona tidak bermain dengan baik dalam kemenangan 3-2 ke atas Levante semalam
Messi pemain terbaik sepanjang zaman - Xavi
Messi merekodkan kemenangan Ballon d'Or yang keenam dan dilihat sebagai pemain terbaik era ini, seiring dengan Cristiano Ronaldo.