awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Ya, saya penyerang terbaik dunia!" - Mohamed Salah

Astro Arena
Astro Arena
13/05/2022
04:09 MYT
"Ya, saya penyerang terbaik dunia!" - Mohamed Salah
Salah bertegas bahawa tidak ada penyerang dalam bola sepak dunia yang mencapai tahapnya ketika ini. - Foto AP
PENYERANG Liverpool, Mohamed Salah, tidak langsung cuba menyimpan kata-kata ketika mempertahankan dirinya selepas mengisytiharkan dia adalah pemain terbaik di dunia dalam posisinya.
Pemain antarabangsa Mesir itu berada di landasan tepat untuk memenangi Kasut Emas Liga Perdana Inggeris, sambil turut mencatatkan jumlah bantuan tertinggi di liga teratas, terlibat secara langsung dalam 35 gol daripada 34 penampilannya.
Salah baru-baru ini dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Persatuan Penulis Bola Sepak di England, dan mempunyai peluang untuk mencipta sejarah bersama pasukan Liverpool ini kerana mereka telah memenangi Piala EFL, dan masih dalam usaha memburu gelaran EPL, Piala FA dan Liga Juara-Juara.
Bercakap kepada beIN SPORTS, Salah bertegas bahawa tidak ada penyerang dalam bola sepak dunia yang mencapai tahapnya ketika ini.
Thank you to all those who voted for me. pic.twitter.com/e1ZhiX9US0
— Mohamed Salah (@MoSalah) May 6, 2022
"Jika anda membandingkan saya dengan mana-mana pemain dalam posisi saya, bukan sahaja dalam pasukan saya tetapi di dunia, anda akan dapati saya adalah yang terbaik,” katanya.
"Saya sentiasa fokus pada kerja saya dan melakukan yang terbaik, dan nombor (jumlah jaringan) saya adalah bukti terbaik kata-kata saya.
"Saya suka untuk sentiasa mencipta cabaran baharu untuk saya, bekerja dengan cara yang berbeza dan membuat perubahan, dan itu adalah tugas saya."
Menjelang perlawanan akhir Liga Juara-Juara Liverpool menentang Real Madrid -- yang merupakan perlawanan ulangan daripada final 2018, apabila kelab Sepanyol itu menang 3-1 -- Salah menyebutnya sebagai 'masa membalas dendam'.
“Ya -- apabila kami tewas di final, ia adalah hari yang menyedihkan bagi kami semua,” katanya. "Tetapi, ya, saya rasa sudah tiba masanya untuk membalas dendam."
*Artikel asal disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Mohamed Salah
#Liverpool
#Real Madrid
#Mesir
#Liga Perdana Inggeris
#pemain terbaik
#Kasut Emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan