awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu Team LZJ

Bernama
Bernama
25/12/2024
08:00 MYT
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu Team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu, menggantikan Wong Tat Meng yang akan meninggalkan pasukan pada 31 Disember. -X @TeamLZJ
KUALA LUMPUR: Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.

Ringkasan AI
  • Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu, menggantikan Wong Tat Meng yang akan meninggalkan pasukan pada 31 Disember.
  • Kay Bin, bekas pemain kebangsaan dengan pengalaman luas, akan meneruskan kemajuan karier Zii Jia ke fasa seterusnya. Beliau merupakan naib juara Kejohanan Remaja Dunia 1998 dan pemenang pingat gangsa Kejohanan Asia 2007.
  • Kay Bin adalah jurulatih ketiga Zii Jia sejak beliau menjadi pemain profesional pada 2022, selepas Tat Meng dan Indra Wijaya.

Team LZJ menyifatkan Kay Bin sebagai jurulatih yang memiliki pengalaman luas di peringkat tempatan dan antarabangsa.
"Selamat datang kepada ketua jurulatih baharu kami Yeoh Kay Bin. Kay Bin, bekas pemain kebangsaan membawa bersama pengalaman luas sebagai jurulatih di dalam dan luar negara.
"Beliau menyertai pasukan ini untuk meneruskan kemajuan karier Zii Jia ke fasa seterusnya," menurut satu hantaran di X @TeamLZJ hari ini.
Please welcome our new Head Coach, Mr. Yeoh Kay Bin. Kay Bin, a former International for brings a wealth of coaching experience both local and abroad. He joins the team to continue Lee Zii Jias progress into the next phase of his career.#OwnYourAttitude #BeyondTheLimit pic.twitter.com/pYKGCFMcGm
— Team LZJ (@TeamLZJ) December 25, 2024
Untuk rekod, Kay Bin merupakan naib juara Kejohanan Remaja Dunia 1998 di Melbourne dan memenangi pingat gangsa pada Kejohanan Asia 2007 di Johor Bahru.
Pada 6 Dis, Team LZJ mengesahkan Pengarah Kejurulatihannya Wong Tat Meng bakal meninggalkan pasukan untuk memulakan fasa baharu dalam kerjaya kejurulatihannya.
Tat Meng yang membimbing Zii Jia meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024, terus berkhidmat dengan pasukan sehingga kontraknya tamat secara rasmi pada 31 Dis.
Kay Bin bakal menjadi jurulatih ketiga yang membimbing perjalanan karier Zii Jia, menggantikan Tat Meng dan Indra Wijaya dari Indonesia, selepas juara All-England 2021 itu membuat keputusan menjadi pemain profesional pada 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#Lee Zii Jia
#ketua jurulatih
#Yeoh Kay Bin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan