awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Izara Aishah hamil cahaya mata ketiga
“Adakah kamu syaitan itu sendiri?” - Epstein disoal dalam rakaman temu bual baharu didedahkan
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yew Sin-Ee Yi kejutkan Aaron-Wooi Yik di pusingan pertama Terbuka Jepun

Bernama
Bernama
16/07/2025
23:30 MYT
Yew Sin-Ee Yi kejutkan Aaron-Wooi Yik di pusingan pertama Terbuka Jepun
Kemenangan bergaya itu menyaksikan Yew Sin-Ee Yi (gambar) mengakhiri badi tiga kekalahan berturut-turut menentang Aaron-Wooi Yik yang juga juara Kejohanan Badminton Asia 2024. - Foto BAM
KUALA LUMPUR: Bekas juara dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik dikejutkan dengan kekalahan seawal pusingan pertama di Terbuka Jepun 2025 selepas tumpas kepada beregu profesional negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, semalam.
Dalam kejohanan bertaraf Super 750 yang berlangsung di Tokyo Metropolitan Gymnasium, pasangan nombor dua dunia itu tewas 15-21, 15-21 dalam pertarungan selama 30 minit.
Kemenangan bergaya itu menyaksikan Yew Sin-Ee Yi mengakhiri badi tiga kekalahan berturut-turut menentang Aaron-Wooi Yik yang juga juara Kejohanan Badminton Asia 2024.
Pasangan bukan pilihan itu dijadual bertemu sama ada pasangan tuan rumah Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura atau wakil Amerika Syarikat Chen Zhi Yi-Presley Smith di pusingan kedua hari ini.
Dalam satu lagi pertarungan sesama beregu Malaysia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mengambil masa 42 minit bagi menundukkan Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King dengan kemenangan 30-28, 21-12.
Pasangan pilihan keenam itu bakal berdepan pasangan China Huang Di-Liu Yang yang sebelum itu menyingkirkan wakil Thailand Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh 21-19, 21-16.
Sementara itu, beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah memulakan kempen dengan aksi penuh meyakinkan apabila menewaskan beregu Bulgaria Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva 21-16, 21-14.
Pasangan pilihan ketiga itu dijadual bertemu pasangan Taiwan Hsieh Pei Chan-Hung En-Tzu yang mengatasi wakil Amerika Syarikat Francesca Corbett-Jennie Gai 21-18, 21-14.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#Terbuka Jepun
#Aaron Chia-Soh Wooi Yik
#Ong Yew Sin-Teo Ee Yi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan