awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
Presiden Filipina Marcos kata kesihatan semakin baik, doktor berikan penilaian positif
Moksu Bedak Sejuk maut dilanggar kereta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yu Qi raih gelaran Terbuka India

Bernama
Bernama
21/01/2024
21:30 MYT
Yu Qi raih gelaran Terbuka India
Aksi China Shi Yu Qi ketika menentang pemain Denmark Ander Antonsen perlawanan akhir pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil, 14 Jan 2024. - Foto fail/BERNAMA
NEW DELHI: Pemain perseorangan lelaki nombor dua dunia, Shi Yu Qi dari China muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka India selepas mengalahkan Lee Cheuk dari Hong Kong 23-21, 21-17 pada final di sini pada Ahad.
Yu Qi, 27, naib juara Terbuka Malaysia minggu lepas, mengambil masa 54 minit untuk melakarkan kejayaan manakala gelaran perseorangan wanita menjadi milik pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo, Tai Tzu Ying dari Taiwan.
Pada aksi final, Tzu Ying mengejutkan pemenang Sukan Olimpik, Chen Yu Fei 21-16, 21-12 dalam pertarungan selama 42 minit.
Sementara itu, juara dunia, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae dari Korea Selatan mengecewakan wakil tuan rumah, Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy untuk merangkul gelaran juara beregu lelaki.
Bagaimanapun, pasangan Korea Selatan itu terpaksa bermandi peluh sebelum bangkit 15-21, 21-11, 21-18 pada perlawanan selama 65 minit itu.
Gelaran beregu wanita menjadi milik pasangan Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara selepas mengalahkan pasangan China, Zhang Shu Xian-Zheng Yu 21-12, 21-13.
Sementara itu, gandingan Thailand Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai membawa pulang gelaran beregu campuran dengan kemenangan 21-16, 21-16 ke atas gandingan nombor lima dunia dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Shi Yu Qi
#Terbuka India
#badminton
#Juara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan