KUALA LUMPUR: Pelumba berbasikal para negara, Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin terus menampilkan kayuhan cemerlang pada Kejohanan Berbasikal Trek Para Asia 2024 di New Delhi apabila merangkul emas keempat menerusi acara kejar mengejar individu lelaki, C1 (kecacatan fizikal), pada Sabtu.
Mohamad Yusof menumpaskan pencabarnya, Mohammaed Almarri dari Arab Saudi dalam saingan dua penjuru sekali gus menambah koleksi emas di India selepas meraih pecut berpasukan campuran C1-5 bersama Zuhairie Ahmad Tarmizi dan Muhammad Hafiz Jamali dan dua lagi emas acara individu iaitu perlumbaan scratch lelaki C1 dan ujian masa lelaki 1km C1 sebelum ini.
Kejayaan Mohamad Yusof diteruskan Muhammad Adi Raimie Amizazahan yang menyambar emas kejar mengejar individu lelaki C3 (kecacatan fizikal) meninggalkan wakil Indonesia, Tifan Abid Alana yang memenangi perak manakala Rashed Alahmari dari Arab Saudi meraih gangsa.
Kategori kejar mengejar individu lelaki C5 (kecacatan fizikal) pula menyaksikan Malaysia meraih perak dan gangsa masing-masing menerusi Zuhairie dan Muhammad Hafiz di belakang juara dari Indonesia, Sufyan Saori.
Sementara itu, skuad negara mendominasi acara kejar-mengejar tandem B (kecacatan penglihatan) lelaki dan wanita.
Mohd Khairul Hazwan yang dibantu Muhd Arfy Qhairant Amran unggul memenangi acara lelaki dengan mengecewakan rakan senegara, Ahmad Ahlami Mohamad sambil dibantu jurumudi Muhammad Khairul Adha untuk merangkul perak, pada aksi final yang membabitkan dua wakil sahaja.
Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais dengan dibantu jurumudi Farina Shawati Mohd Adnan pula tidak berdepan masalah menguasai saingan wanita untuk mengatasi Watcharobon Boonmalert bersama jurumudi Kanyarat Kesthonglang dari Thailand yang membawa pulang perak manakala gangsa milik satu lagi wakil negara, Nur Suraya Muhamad Zamri dan dibantu Nurul Suhada Zainal.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 24 2024
Mohamad Yusof menumpaskan pencabarnya, Mohammaed Almarri dari Arab Saudi dalam saingan dua penjuru. - Foto fail/BERNAMA
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Yusof terus cemerlang di India
Mohamad Yusof menumpaskan pencabarnya, Mohammaed Almarri dari Arab Saudi dalam saingan dua penjuru sekali gus menambah koleksi emas.