GEORGE TOWN: Pengendali baharu Penang FC Zainal Abidin Hassan merancang untuk mempelbagaikan gaya permainan pasukan di samping mengekalkan senjata yang ada pada skuad Harimau Kumbang itu.
Katanya, tidak dinafikan senjata sulit pasukan Penang FC adalah pemain import Brazil Anselmo Arruda Da Silva atau lebih dikenali sebagai Casagrande.
"Benda yang baik harus saya kekalkan sambil mempelbagaikan gaya perlawanan supaya pasukan lawan tidak dapat membaca permainan dengan semudahnya.
"Mereka masih baharu dengan saya. Mereka ada mencuba membuat sesuatu baharu tapi ada juga menggunakan senjata yang selalu digunakan iaitu mencari Casagrande dan ia masih lagi menjadi apabila dia dapat menjaringkan gol," katanya kepada pemberita selepas perlawanan menentang Petaling Jaya (PJ) City FC malam tadi.
Penang FC kekal di kedudukan tercorot Liga Super ketika ini selepas terikat 1-1 menentang PJ City FC di Stadium Bandaraya malam tadi.
Mengulas mengenai permainan semalam, beliau berkata skuad Harimau Kumbang tidak dapat bermain dengan cemerlang kerana dihantui tekanan untuk meraih tiga mata.
"Pada separuh masa pertama mereka masih terumbang ambing dan cuma mula nampak peningkatan yang baik pada separuh masa kedua apabila berjaya menyamakan kedudukan.
"Bagaimanapun, pasukan kembali terumbang-ambing apabila Casagrande dikeluarkan kerana tidak dapat meneruskan permainan akibat kecederaan pada minit ke-70," katanya.
Sementara itu, ketua jurulatih PJ City P. Maniam berkata beliau berpuas hati dengan prestasi pasukannya yang disebabkan oleh keserasian dan keharmonian pasukan tersebut.
"Pasukan PJ City semua terdiri daripada pemain tempatan dan harmoni pasukan adalah kekuatan kami. Malah staf kejurulatihan dan pengurusan juga adalah dari tempatan. Kami bekerjasama dan bersatu, sebab itu kita bermain dengan baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 19 2022
Zainal Abidin berkata, skuad Harimau Kumbang tidak dapat bermain dengan cemerlang kerana dihantui tekanan untuk meraih tiga mata. - Gambar fail BERNAMA
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
'Ibarat balik kampung' - Sikh Izhan
Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman bertekad mempamerkan persembahan terbaik selepas menyarung jersi Penang FC secara pinjaman daripada Selangor FC.
Merzagua Pengarah Teknikal baharu Penang FC
Penang FC melantik Merzagua Abderrazak sebagai Pengarah Teknikal baharu bagi memantapkan persiapan pasukan itu musim ini.
Sepakan penalti Vitor ikat Terengganu
Sepakan itu diperoleh selepas penjaga gol TFC Muhammad Rahadiazli Rahalim merempuh Nik Akif Syahiran Nik Mat dalam kawasan penalti.
Liga Super: KL City tewaskan Kelantan United 3-0
Anak buah kendalian Nenad Bacina yang dilihat mendominasi perlawanan memecah kebuntuan pada minit ke-21 hasil penyudah Matko Zirdum.
Penang FC 'rehatkan' Yee Fatt, Manzoor Azwira
Pasukan Harimau Kumbang gagal melangkah ke pentas akhir MFL Challenge Cup 2023, pamer prestasi membimbangkan dalam saingan Liga Super 2023.
Prestasi hambar, Penang FC tamatkan khidmat Kamal, Eng Hua
Penang FC telah menamatkan khidmat Pengarah Teknikal Kelab, Kamal Kalid dan Pengurus Pasukan Liga Super Penang FC, Ong Eng Hua serta-merta.
Rusuhan penyokong Kedah-Penang FC: 20 lagi ditahan
Polis menahan 20 lagi individu bagi membantu siasatan insiden rusuhan antara penyokong pasukan bola sepak Pulau Pinang dan Kedah Selasa lalu.
Insiden kad merah, jaringan dibatalkan patahkan semangat Penang FC
Insiden kad merah dan jaringan yang dibatalkan menyebabkan pasukan Penang FC kehilangan momentum dalam aksi Liga Super menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC malam tadi.