awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mengenai ‘hari bahagia’ dengan Bella Astillah, ini jawapan Syed Saddiq: "Soal ini adalah antara dua keluarga”
Leona rasa sudah tiba masa berumah tangga, doa agar jumpa jodoh tahun depan - “Ramai kawan dah kahwin, saya cemburu”
Myanmar jalankan pilihan raya pertama selepas lima tahun di bawah pemerintahan tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zelensky bantah atlet Rusia bertanding pada Olimpik Paris 2024

Bernama
Bernama
25/01/2023
03:42 MYT
Zelensky bantah atlet Rusia bertanding pada Olimpik Paris 2024
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky memberitahu rakan sejawatannya dari Perancis, Emmanuel Macron pada Selasa bahawa beliau membantah penyertaan atlet Rusia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris. - Gambar REUTERS
BERLIN: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky memberitahu rakan sejawatannya dari Perancis, Emmanuel Macron pada Selasa bahawa beliau membantah penyertaan atlet Rusia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
"Kami membincangkan langkah-langkah diplomatik untuk menamatkan perang. Saya menegaskan bahawa atlet dari RF (Persekutuan Rusia) sepatutnya tidak mendapat tempat di Paris 2024," tweetnya selepas membuat panggilan telefon dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron pada Selasa, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Pada Disember, Zelensky meminta presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach supaya mengenakan larangan kekal terhadap atlet Rusia daripada pertandingan antarabangsa.
Sidang kemuncak Olimpik pada 9 Dis membuka pintu untuk atlet Rusia dan Belarus kembali bertanding di peringkat antarabangsa walaupun Rusia menceroboh Ukraine.
Para peserta mengundi sebulat suara untuk mempertimbang permintaan badan induk Asia OCA untuk membenarkan atlet dari kedua-dua negara itu menyertai pertandingan anjurannya di bawah bendera neutral dan tanpa memainkan lagu kebangsaan.
Kenyataan itu menyebut syarat untuk penyertaan Rusia dan Belarusia termasuk menghormati Piagam Olimpik dan sekatan yang meliputi larangan menggunakan bendera, lagu, warna atau sebarang pengenalan lain Rusia dan Belarus pada acara sukan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#olimpik paris 2024
#Presiden Ukraine bantah
#Volodymyr Zelensky
#atlet Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan