BEKAS pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane mendedahkan dia meninggalkan Los Blancos disebabkan pengurusan tertinggi kelab itu tidak lagi mempercayai kemampuannya.
Zidane berkata, kali pertama dia meninggalkan Real pada 2018 selepas berasakan kelab itu memerlukan pendekatan baharu untuk kekal konsisten pada tahap tertinggi setelah beberapa musim mencipta kejayaan di pentas domestik dan Eropah.
“Namun sekarang situasinya amat berbeza kerana kali ini saya meninggalkan Real Madrid selepas pengurusan kelab tidak lagi percaya dan yakin terhadap falsafah saya.
“Malah, mereka juga tidak menyokong usaha saya dalam membentuk semula cabaran Real Madrid untuk jangka masa pendek dan panjang,” katanya.
Zidane sebelum ini kembali semula ke Real Madrid untuk kali kedua pada Mac 2019, memastikan dua kejuaraan La Liga dan tiga kejuaraan Liga Juara-Juara berada di ibu kota Madrid sepanjang dua musim bersama jagoan Eropah itu.
BACA: Benzema kecewa hilang 'jurulatih paling sempurna' Zidane
Bagaimanapun, Zidane meletakkan jawatan kelab sensasi Sepanyol tersebut mengakhiri saingan musim ini tanpa sebarang kejuaraan dalam tempoh 11 tahun.
Real Madrid pada musim ini disingkirkan dari saingan Liga Juara-Juara pada peringkat semi finals, selain dikejutkan kelab kerdil Divisyen Tiga, Alcoyano pada Pusing 32 Piala Raja Sepanyol.
Pada masa sama, bekas bintang Perancis itu mengakui hubungannya dengan presiden kelab, Joan Laporta semakin dingin sejak beberapa bulan lalu.
Menurut Zidane, ini termasuk beberapa kenyataan kontroversi yang tular kepada media mengenai masa depannya bersama Real Madrid.
“Hubungan saya dengan kelab dan presiden sejak beberapa bulan kebelakangan ini sedikit berbeza. Saya tidak meminta hak istimewa hanya sedikit kenangan.
“Ini sangat menyakitkan saya ketika membaca di akhbar setelah kekalahan, saya akan dipecat jika tidak memenangi perlawanan seterusnya.
“Ini menyakitkan saya dan seluruh pemain Real Madrid, kerana pesan yang sengaja dibocorkan kepada media mempengaruhi prestasi semasa Real Madrid, mereka menimbulkan keraguan dan salah faham,” katanya.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian. Zidane dedah sebab utama tinggalkan Real Madrid
Sinar Harian
Tue Jun 01 2021
Zidane sebelum ini kembali semula ke Real Madrid untuk kali kedua pada Mac 2019. - Gambar fail
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Ballon d'Or: Bonmati bagaikan Zidane wanita, kata Pauleta
Bonmati memenangi Anugerah Bola Emas selaku pemain terbaik dalam kejohanan Piala Dunia Wanita.
Zidane tolak tawaran 150 juta Euro kendali Al-Nassr
Zidane menolak tawaran bernilai 150 juta Euro (RM746 juta) selama dua tahun untuk bertemu semula dengan Cristiano Ronaldo di Al-Nassr.
'Kita tidak boleh hina Zidane' - Mbappe kritik presiden bola sepak Perancis
Mbappe mengkritik Presiden Persekutuan Bola Sepak Perancis, sebagai tidak menghormati Zinedine Zidane selepas mengenepikan bekas jurulatih Real Madrid itu sebagai pengendali Les Blues.
Bekas pemain Uruguay Fabian O'Neill meninggal dunia
Fabian O'Neill pernah dipuji oleh pemain bola sepak tersohor Perancis yang juga rakan sepasukan di Juventus, Zinedine Zidane sebagai "pemain paling berbakat".
Piala Dunia Qatar: Antoine Griezmann rendah diri setanding rekod Zinedine Zidane
Griezmann membekalkan hantaran penting buat gandingannya penyerang itu yang bertindak membatalkan gol penyamaan Andreas Christensen.
Zidane beri bayangan kembali bergelar jurulatih
Zinedine Zidane telah memberi bayangan dia akan kembali melatih 'tidak lama lagi'.
Zidane akui karier sebagai pengurus belum berakhir
Pengendali kelahiran Perancis ini meninggalkan Santiago Bernabeu buat kali kedua pada penghujung musim 2020-21.
Arca Zidane 'tanduk' bakal dipasang semula di Qatar
Masyarakat ketika ini sudah mula memahi di sebalik pembentukan arca tersebut dan sudah biasa dengan keadaan itu.
Zidane tidak berminat sertai Man United
Keadaan semasa membuatkan United terdesak untuk kembali ke zaman kegemilangan mereka dengan pelantikan pengurus seterusnya.