KUALA LUMPUR: Pemain badminton perseorangan lelaki terbaik negara Lee Zii Jia sudah bersedia untuk beraksi dalam Terbuka Indonesia 2021 yang dijadualkan berlangsung dari 23 hingga 28 Nov di Bali, Indonesia.
Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann yang mengesahkan perkara itu berkata pemain berumur 23 tahun itu semakin pulih daripada kecederaan belakang yang dialaminya dalam kejohanan Indonesian Masters 2021 sebelum ini.
"Zii Jia akan bermain (Terbuka Indonesia)... dia tidak lagi rasa sakit sejak beberapa hari lepas," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Ditanya mengenai sasaran pemain ranking ketujuh dunia itu, Choong Hann berkata beliau hanya mahukan supaya juara All England 2021 itu melakukan yang terbaik di gelanggang Bali International Convention Centre, Nusa Dua nanti.
Katanya apa yang lebih penting adalah Zii Jia tidak mengalami sebarang kecederaan, bagi membolehkan beliau membuat persiapan untuk bertanding dalam Kejohanan Dunia BWF 2021 di Huelva, Sepanyol 12-19 Dis.
Penyertaan Zii Jia dalam Terbuka Indonesia sebelum ini menjadi tanda tanya apabila pemain dari Kedah itu menarik diri dalam perlawanan pusingan pembukaan Indonesian Masters 2021 Isnin lepas disebabkan masalah sakit belakang, semasa berentap dengan pemain dari Denmark Rasmus Gemke.
Sehubungan itu jurulatih Zii Jia, Hendrawan berkata beliau telah memberikan cuti seminggu kepada Zii Jia untuk pulih, dan beliau akan memantau keadaan pemain itu dari semasa ke semasa sebelum memberi kebenaran kepadanya untuk menyertai Terbuka Indonesia.
Zii Jia sebelum ini juga pernah menarik diri semasa menentang pemain Singapura Loh Kean Yew dalam final Terbuka Hylo di Jerman pada 7 Nov lepas, yang berakhir dengan keputusan 21-19, 13-21 and 12-17.
Zii Jia akan berpeluang untuk berhadapan dengan pemain bukan pilihan Rasmus sekali lagi nanti apabila kedua-dua pemain itu dijadual bertembung dalam pusingan pertama Terbuka Indonesia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 21 2021
Pemain badminton perseorangan lelaki terbaik negara Lee Zii Jia sudah bersedia untuk beraksi dalam Terbuka Indonesia 2021 yang dijadualkan berlangsung dari 23 hingga 28 Nov di Bali, Indonesia. - Foto Stadium Astro
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
Final Jelajah Dunia BWF: Gagal teruskan permainan, penyertaan serta slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Penyertaan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, sah dibatalkan apabila terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri ekoran kecederaan ketika bertemu wakil tuan rumah, Li Shi Feng.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Badminton: Tat Meng sah tinggalkan 'team' Lee Zii Jia
Pasukan Lee Zii Jia mengesahkan Pengarah Kejurulatihannya Wong Tat Meng akan meninggalkan pasukan berkenaan.
Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.
Rexy anggap peluang wakil negara raih gelaran Jelajah Dunia Akhir BWF makin tinggi
Rexy Mainaky merasakan peluang semakin tinggi untuk Malaysia mencipta sejarah merangkul gelaran pada Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF.