awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Capital A lengkapkan penyenaraian 2.31 bilion saham, laksanakan penempatan persendirian
Liga Mahasiswa cabar Adam Adli untuk berdialog secara terbuka
Penyebaran maklumat sulit ATM: Mindef buat laporan polis - Khaled Nordin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zii Jia dalam radar BAM perkuat skuad Piala Thomas

Bernama
Bernama
02/12/2025
09:28 MYT
Zii Jia dalam radar BAM perkuat skuad Piala Thomas
Khidmat pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik di Paris itu kekal ditagih bagi menghadapi kejohanan berpasukan berkenaan. - Bernama
KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia berada dalam senarai pertimbangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi skuad Piala Thomas 2026.
Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM Datuk Seri Lee Chong Wei berkata khidmat pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik di Paris itu kekal ditagih bagi menghadapi kejohanan berpasukan paling berprestij berkenaan.
"Kami akan memanggil pemain profesional untuk bersama dalam persiapan Piala Thomas. Zii Jia tidak boleh diketepikan begitu sahaja.
"Tahap pemulihannya masih belum diketahui kerana kami belum menerima maklum balas. Harap dia dapat pulih sepenuhnya," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat bersama jurulatih kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara di sini hari ini.
Dalam pada itu, Chong Wei berkata, beliau mengakui barisan pemain perseorangan lelaki negara masih bergelut untuk mempamerkan aksi yang konsisten.
Justeru, beliau berkata pihaknya akan terus memantau prestasi pemain perseorangan lelaki dari semasa ke semasa untuk diserapkan ke skuad Piala Thomas.
"Masih ada enam bulan sebelum Piala Thomas, jadi kami berharap jurulatih dapat mempersiapkan mereka sebaik mungkin," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lee Zii Jia
#Piala Thomas
#BAM
#badminton
#skuad kebangsaan
#Lee Chong Wei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan